Pada 23 Julai 2022 (Sabtu) Team Robotic SK Wan Ibrahim telah menyertai Pertandingan "PPD Kuantan Robotic Challenge @ SHAKS" Peringkat Negeri Pahang bertempat di SMK Sultanah Hajjah Kalsom, Kuantan. Seramai enam orang murid yang membentuk 3 kumpulan telah menyertai pertandingan ini. 2 kategori pertandingan diadakan iaitu kategori 'Fastest Open' dan 'Lego Sekolah Rendah'. Team Robotic SKWI menyertai kedua-dua kategori tersebut, namun agak kurang bernasib baik hanya berjaya mendapat tempat ketiga dalam kategori 'Lego Sekolah Rendah'. Walau bagaimanapun setinggi penghargaan dirakamkan kepada Team Robotic SKWI atas penyertaan pertandingan peringkat negeri ini.
Persiapan untuk menyertai pertandingan.
Acara Lego Sekolah Rendah
Bergambar dengan Sijil Penyertaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan