Selasa, 19 Julai 2022

Bilik Sensori Pendidikan Khas

 

Pihak sekolah bercadang untuk mewujudkan bilik terapi yang akan digunakan oleh murid-murid pendidikan khas sekolah ini. Bilik terapi adalah sebuah ruang yang menggabungkan konsep terapi sensori dan snoezelen. Penggunakan bilik terapi ini mampu membantu meningkatkan kualiti pembelajaran dalam kalangan murid-murid pendidikan khas SK Wan Ibrahim.

Kos untuk membangunkan bilik terapi ini berjumlah RM77,774.00. Oleh itu, pihak sekolah berhasrat memohon sumbangan daripada penyumbang-penyumbang. Fokus sekolah ialah kepada badan-badan koperat yang cenderung membantu sekolah. Walau bagaimana pun, sumbangan daripada individu-individu juga digalakkan. Boleh berhubung dengan pihak sekolah andai ingin membuat sumbangan.

[ Kertas Kerja ]


Gotong-royong membersih dan mengecat bilik terapi Sensori dan Snoezelan.

Langkah permulaan ini diharapkan dapat memberi motivasi kepada guru-guru Pendidikan Khas untuk memastikan program ini berjaya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan