Isnin, 25 Julai 2022

Bengkel Penjaminan Kualiti PBD

 Pada 25 Julai 2022 (Isnin) telah diadakan Bengkel Penjaminan Kualiti Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dalam pengajaran dan pembelajaran guru. Bengkel ini adalah salah satu program yang dirancang dalam Pelan Intervensi Transformasi Sekolah (PinTAS) dalam Bidang Keberhasilan Guru Berkualiti. Matlamat utama bengkel ini diadakan adalah untuk memantapkan pemahaman guru-guru berkaitan pelaksanaan PBD di dalam PdPc mereka.

Terima kasih Puan Mek Nah binti Bakar, Pegawai SISC+ Pejabat Pendidikan Daerah Lipis kerana sudi hadir sebagai fasilitator bengkel ini. Setinggi penghargaan juga kepada Encik Hazimi bin Hamidon, peserta kursus NPQEL yang sedang menjalani program perantisan di SK Wan Ibrahim atas pengurusan program yang berjalan lancar.

Guru Besar menyampaikan cenderamata kepada Puan Mek Nah binti Bakar.

Pn. Mek Nah binti Bakar sedang menyampaikan taklimat berkaitan Penjaminan Kualiti PBD.

Sebahagian guru yang terlibat dalam bengkel ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan