Profil Sekolah


Montaj Sekolah

Kata-kata aluan
En. Mohd Fazli bin Abd Hamid
Guru Besar SK Wan Ibrahim


BIL

PERKARA

CATATAN  / DATA

1

Nama dan Alamat Sekolah

SK Wan Ibrahim
27200 Kuala Lipis, Pahang

2

No. Telefon Sekolah / Faksimili

09-3121459 / 09-3121079

3

Alamat E-Mail / Web Sekolah

cba3019.skwil@gmail.com
http://skwi1939.blogspot.com

4

Lokasi (Bandar/Luar Bandar)

Bandar

5

Nama Guru Besar

Mohd Fazli bin Abd Hamid

6

Nama GPK Pentadbiran

Hasnoraidah binti Wan Azman

7

Nama GPK HEM

Fatimahaini binti Azmi

8

Nama GPK Kokurikulum

Lukman Hakim bin Abdullah

9

Nama GPK Pendidikan Khas

Haziman bin Yamin

10

Gred Sekolah / Kod Sekolah

A / CBA3019

11

Bilangan Guru

Lelaki

 12

Perempuan

 50

12

Bilangan Guru Mengikut Kelayakan Akademik

Siswazah

 59

Bukan Siswazah

 3

13

Bilangan Kelas

23 (Tahun 1 hingga 6) / 5 Pendidikan Khas / 2 Prasekolah

14

Purata Saiz Kelas (Jum. Murid)

30 orang

15

Jumlah Murid

 

Melayu

Cina

India

Lain2

Lelaki

374 

1

 4

 

Perempuan

 299


 

Prasekolah

49 

 

 

 

Jumlah

722 

 1

 8

 731

16

Maklumat-maklumat lain yang menarik perhatian anda tentang sekolah ini :

1. Sekolah Kluster Kecemerlangan
2. Sekolah TS25 (Kohort 5)
3. Memiliki Kelas Pendidikan Khas (5 Kelas)
4. Kebitaraan Robotik
5. Sekolah rendah paling ramai guru dan murid di daerah Lipis.

 

*Borang ini adalah sama dengan borang yang dibawa oleh guru pelatih ketika melaksanakan Program PBS (Pengalaman Berasaskan Sekolah)


  Visi dan Misi Sekolah
 Visi 

Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera.  

  Misi
  
Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk Membangunkan Potensi Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara.



Falsafah Sekolah


Bahawasanya setiap murid berupaya dan berpotensi untuk maju dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek dan berhak untuk belajar. Sekolah bertanggungjawab mendidik dan melahirkan insan yang seimbang, harmoni dan berketrampilan berdasarkan kepatuhan kepada Tuhan untuk kesejahteraan diri, keluarga dan masyarakat serta boleh memberi sumbangan kepada agama, bangsa dan negara.




 Matlamat Sekolah


1) Mencapai kejayaan dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.

2) Melahirkan murid yang bertaqwa dan memiliki sahsiah diri yang terpuji.

3) Mewujudkan iklim sekolah yang kondusif dan ceria.

4) Melahirkan warga sekolah yang mengamalkan budaya ilmu, penyayang, budaya kerja cemerlang dan bekerjasama.

5) Mewujudkan hubungan yang erat dengan komuniti setempat.



Piagam Pelanggan

 Kepada Murid :
1) Menyediakan iklim sekolah yang baik dan sesuai untuk pembelajaran.
2) Memberi peluang kepada semua murid mengembang bakat dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.

 Kepada Guru dan Kakitangan :
1) Memastikan semua guru mendapat kemudahan terbaik bagi bagi menghasilkan pengajaran yang berkualiti.
2) Menyediakan kemudahan yang secukupnya kepada kakitangan bagi melaksanakan kerja dengan cekap dan berkesan.

 Kepada Ibu Bapa dan Penjaga :
1) Memastikan semua ibu bapa dan penjaga mendapat perkhidmatan yang berkualiti dan mesra semasa berurusan dengan pihak sekolah.

 Kepada Masyarakat :
1) Melibatkan masayarakat dalam meningkatkan kemajuan sekolah.

Kepada Negara :
1) Melahirkan warganegara yang cergas, berilmu, bertaqwa, berakhlak, keatif, inovatif, berketrampilan serta berupaya memberi sumbangan untuk memakmuran negara.


Budaya Sekolah

Setiap warga Sekolah Kebangsaan Wan Ibrahim wajib mengamalkan BUDAYA  berikut :

BUDAYA KEBERSIHAN
BUDAYA PENYAYANG
BUDAYA MENGHORMATI
BUDAYA ILMU
BUDAYA CEMERLANG
BUDAYA SEPASUKAN


 Logo Sekolah


MERAH

Semangat juang yang tinggi dan berani menghadapi cabaran.

PUTIH

Suci fikiran, perkataan dan perbuatan.

HITAM

Semangat jati diri yang unggul.

OBOR

Semangat membara yang tidak pernah pudar.

BUKU

Sekolah gedung ilmu.



 Moto Sekolah


BERUSAHA



Lagu Sekolah

Megahnya di tepi lereng
Bersinar bagaikan lilin
Ku diasuh dan dibimbing
Sekolah Kebangsaan Wan Ibrahim

Guruku yang dikasihi
Baktimu dijunjung tinggi
Tunjuk ajarmu tanpa jemu
Penuhi dadaku dengan ilmu

Di sini kami berdiri
Di sini kami berjanji
Ajaranmu kami ingati
Sebelum ijazah jadi milik kami

Bersama kita melangkah
Menuju mencapai cita
Ilmu yang dicurah
Membina Nusa Bangsa
Jadilah kami insan berguna

Bersama ke arah jaya
Membina negara tercinta
Bangsa dikenang
Generasi cemerlang
Itulah tujuan utama







 Sejarah Sekolah



Pada tahun 1939, Sekolah Kebangsaan Wan Ibrahim dikenali sebagai Sekolah Laki-Laki Kuala Lipis. Sekolah ini didirikan di pinggir bukit yang mana ketika itu, bangunannya hanya bangunan kayu sahaja. Pada masa yang sama, telah wujud sebuah sekolah di Batu Kurap (Jeram Batu) yang dikenali sebagai Sekolah Melayu Perempuan Batu Kurap, Kuala Lipis.

Pada tahun 1960, Ahli Mesyuarat Jemaah Pengurus telah bersetuju menukar nama Sekolah Laki-Laki Kuala Lipis  kepada Sekolah Kebangsaan Wan Ibrahim mengambil sempena nama Datuk Penghulu Bandar Lipis iaitu Datuk Wan Ibrahim bin Wan Tanjung. Beliau juga dikenali sebagai Datuk Orang Kaya Indra Maharaja Perba Jelai.

Disebabkan pada ketika itu hanya murid lelaki sahaja yang belajar di situ, maka Ahli Jemaah Pengurus telah mengambil keputusan untuk menutup Sekolah Melayu Perempuan Batu Kurap. Semua muridnya dipindah ke Sekolah Kebangsaan Wan Ibrahim pada tahun 1966. Selepas itu, Sekolah Kebangsaan Wan Ibrahim terus berkembang dari segi pertambahan enrolmen murid-murid dan pembangunan fizikal sekolah. Bangunan kayunya secara beransur-ansur ditukar kepada bangunan batu bata. Pada tahun 2006 satu bangunan 4 tingkat berbentuk L telah dibina di padang sekolah ini bagi menampung jumlah murid yang semakin bertambah.

Berbagai kejayaan telah dicapai sepanjang kewujudan sekolah ini. Antara kejayaan-kejayaan tersebut ialah :

1. Johan Peringkat Kebangsaan Bilik PPDa pada tahun 2007. 
2. Johan pertandingan 'Kitchen Garden' Peringkat Negeri Pahang pada tahun 2008.
3. Johan Bintang Perpuspa (PSS) Peringkat Negeri Pahang pada tahun 2010.
4. Pasukan robotik sekolah ini telah menyertai World Robot Olympiad yang diadakan di Manila City, Philippines di mana sekolah ini berjaya mendapat Anugerah Kecemerlangan dan Bakat Kreatif. 
5. Pada tahun 2014 dianugerahi 'Sekolah Kluster Kecemerlangan' atas beberapa kriteria yang berjaya dipenuhinya.




 Senarai Guru Besar

MAT NOOR BIN SALLEH
 1939 – 1941

SINNAPO
 1941 – 1945

MAT NOOR BIN SALLEH
 1945 – 1946

AWANG BIN MAT SALLEH
 1947 – 1948

MANSOR BIN ABU BAKAR
 1948 – 1949

HAJI IBRAHIM BIN ISMAIL
 1949 – 1953

HAJI IBRAHIM BIN ABAS
1953 - 1956
ALANG BIN NASIR
1956 - 1959

MOHD ISA BIN HAJI MOHAMAD
1960 - 1961

HAJI MAT ZIN BIN DILU
1962 - 1967

HAJI AHMAD BIN SOH
1967 - 1969

HAJI AHMAD BIN MAHMOD
1970 - 1975

OTHMAN BIN HAJI MOHAMAD
1976 - 1982

HAJI ABDUL RAHMAN BIN ZAKARIA
1983 - 1985

ISMAIL BIN MAT
01.01.1986 - 
30.09.1987

AMINUDDIN BIN HAJI ABU BAKAR
01.10.1987 -
28.02.1990
AHMAD PAHMIN BIN MANSOR
01.03.1990 -
15.05.1994
DEVI BINTI MASRAN
16.05.1994 -
15.04.1997
MOHD ROSMI BIN MOHD DIN
16.05.1997 -
15.01.1998
SHAABAN BIN JAFFAR
16.01.1998 -
02.05.2008
HASAMI BIN MOHAMAD
16.05.2008 - 2015

MUHD HASBI BIN IBRAHIM
2015 - 2019
MOHD FAZLI BIN ABD HAMID
20.01.2019 -
sekarang








 Lokasi Sekolah
(klik untuk besarkan)

 (klik untuk besarkan)


PELAN BANGUNAN SEKOLAH

(click to enlarge)

GERAN SEKOLAH







PERATURAN SEKOLAH


KEHADIRAN

1.         Semua murid diwajibkan hadir ke sekolah sebelum pukul 7.30 pagi.

2.         Semua kenderaan ibu bapa / penjaga murid tidak dibenarkan memasuki kawasan sekolah sama ada pada waktu pagi atau balik.

3.         Kehadiran di sekolah dan dalam kelas adalah wajib dan mana-mana murid yang ponteng sekolah/kelas akan dikenakan tindakan disiplin.

4.         Murid-murid yang tidak hadir ke sekolah mestilah ada kenyataan bertulis daripada ibu bapa, penjaga atau surat akuan doktor (medical certificate) dan diserahkan kepada guru kelas.

5.         Murid yang tidak hadir 3 hari berturut-turut tanpa kenyataan akan diberi surat amaran pertama. Sekiranya masih tidak hadir 3 hari berikutnya akan diberi surat amaran kedua dan terakhir sebelum tindakan disiplin diambil.

6.         Murid-murid tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah semasa waktu persekolahan.  Mereka yang hendak keluar dari kawasan sekolah hendaklah mendapat kebenaran daripada Guru Besar atau guru-guru  yang  telah diberi kuasa oleh Guru Besar.

7.         Murid-murid yang hendak ke klinik hendaklah mendapat kebenaran keluar daripada Guru Besar.  Murid-murid  berkenaan hendaklah pulang segera ke sekolah/rumah masing-masing  setelah mendapat rawatan dan menunjukkan kad /surat yang telah ditandatangani oleh pegawai perubatan apabila balik ke sekolah.

8.         Murid yang sakit dan ingin balik ke rumah hendaklah  memohon kebenaran daripada Guru Besar. Murid hanya dibenarkan  balik sekiranya ibu bapa atau penjaga datang untuk mengambilnya dari sekolah.

9.         Murid   yang hendak keluar  ke tandas atau ke lain tempat hendaklah mendapat  kebenaran daripada guru yang mengajar pada masa itu dan bawa bersamanya kad kebenaran keluar.


PERATURAN KELAS

1.         Semua murid adalah bertanggungjawab terhadap kebersihan dan keceriaan bilik darjah masing-masing.

2.         Semua murid hendaklah bertugas mengikut Jadual Bertugas yang disediakan. Murid yang bertugas hendaklah datang lebih awal ke sekolah berbanding murid-murid lain.

3.         Semua murid tidak dibenarkan keluar dari bilik darjah pada waktu belajar. Murid yang hendak keluar dari bilik darjah hendaklah meminta kebenaran guru yang mengajar pada masa itu.

4.         Semua murid hendaklah senyap, berkelakuan baik dan menunjukkan minat yang tinggi sepanjang pengajaran dan pembelajaran berlaku.

5.         Semua murid hendaklah beratur dengan senyap semasa bergerak dari bilik darjah ke bilik-bilik khas dan dari bilik-bilik khas ke bilik darjah.


PERHIMPUNAN SEKOLAH

1.         Pehimpunan sekolah diadakan pada setiap hari Isnin bermula pada jam 7.45 hingga 8.15  pagi di tapak perhimpunan sekolah.

2.         Semua murid hendaklah berada di tempat perhimpunan sebelum masa yang ditetapkan. Sekiranya cuaca hujan atau sebab-sebab lain pihak sekolah akan mengumumkan bahawa perhimpunan dibatalkan pada hari itu.

3.         Perbarisan hendaklah mengikut kelas masing-masing diketuai oleh Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas.

4.         Semua Pengawas  Sekolah hendaklah berdiri di belakang setiap barisan mengikut arahan guru disiplin.

5.         Pehimpunan akan dimulakan dengan  bacaan doa , Bacaan ikrar Rukunegara,  nyanyian lagu ‘Negaraku’, nyanyian lagu Negeri Pahang ,laporan guru bertugas minggu lepas, ucapan guru disiplin / tazkirah agama/ guru kauseling, ucapan pihak pentadbir sekolah dan diakhiri dengan ikrar pelajar dan  nyanyian lagu  sekolah.

6.         Semua murid mestilah senyap apabila guru-guru memberi ucapan atau pengumuman.

7.         Semua murid dan guru hendaklah berdiri tegak semasa menyanyikan lagu NegaraKu, lagu Negeri Pahang dan Lagu Sekolah .

8.         Semua murid hendaklah berdiri di mana sahaja berada ketika lagu NegaraKu, Negeri Pahang dan Lagu Sekolah dinyanyikan.


PAKAIAN SERAGAM MURID LELAKI

1.         Seluar panjang berwarna biru gelap.

2.         Baju putih lengan panjang atau pendek.

3.         Semua murid dikehendaki memakai kasut putih stokin putih atau kasut hitam stokin hitam.

4.         Semua murid dikehendaki memakai lencana sekolah pada poket dan tanda nama di atas poket.


PAKAIAN SERAGAM MURID PEREMPUAN

1.         Baju kurung warna putih dan kain warna biru gelap.

2.         Murid perempuan Islam digalakkan memakai tudung berwarna putih dan saiz tudung hendaklah bersesuaian dengan pemakai.

3.         Semua murid dikehendaki memakai lencana dan tanda nama yang dilekatkan di bahagian kiri tudung.

4.         Memakai kasut putih stokin putih atau kasut hitam stokin hitam.

5.         Murid dilarang mengenakan solekan semasa datang sekolah.


PAKAIAN SERAGAM PENGAWAS

1.         Pengawas Sekolah Lelaki :

             1.1       Baju kemeja biru lengan panjang.

             1.2       Seluar panjang biru gelap

             1.3       Tali leher warna maroon

             1.4       Memakai west berwarna biru gelap

             1.5       Kasut dan stokin berwarna hitam.

2.         Pengawas Sekolah Perempuan :

             1.1       Baju kurung biru muda.

             1.2       Kain warna biru gelap.

             1.3       Tudung warna biru muda.

             1.4       Kasut dan stokin berwarna hitam.


PAKAIAN PENDIDIKAN JASMANI, SUKAN DAN PERMAINAN

1.         Murid dikehendaki memakai seluar panjang (track) berwarna hitam.

2.         Memakai baju t-shirt kokurikulum

3.         Semua murid dikehendaki berada di lokasi aktiviti bersama guru yang ditetapkan. Murid tidak boleh berada di dalam bilik darjah ketika aktiviti luar bilik darjah berjalan.


KOKURIKULUM

1.         Semua murid Tahap 2 (Tahun 4, 5 dan 6) wajib menyertai kegiatan kokurikulum.

2.         Semua murid dikehendaki mengambil bahagian dalam aktiviti Unit Beruniform, Sukan / Permainan dan Kelab / Persatuan.

3.         Murid wajib hadir setiap kali aktiviti kokurikulum dijalankan.

4.         Sewaktu menghadiri aktiviti Unit Beruniform, murid dikehendaki memakai baju seragam Unit Beruniform masing-masing.


BUKU TEKS

1.         Murid bertanggungjawab menjaga keselamatan dan kebersihan buku teks masing-masing.

2.         Murid dikehendaki menulis dan menandatangani Borang Akujanji dan Borang G.

3.         Murid dikehendaki membalut buku teks dengan plastik pembalut.

4.         Murid sama sekali dilarang menconteng, menggunting atau mengotorkan buku teks tersebut. Buku teks boleh dirampas jika murid tidak akur arahan ini.

5.         Jika berlaku kehilangan, murid dikehendaki menggantikan dengan judul buka yang sama atau membayar harga buku tersebut.

6.         Murid dikehendaki memulangkan kembali buku teks tesebut kepada pihak sekolah pada setiap hujung tahun.

7.         Murid dilarang meninggalkan buku teks di dalam kelas setelah waktu belajar tamat.


KANTIN

1.         Murid dikehendaki berbaris dengan teratur apabila hendak membeli makanan dan minuman.

2.         Murid dikehendaki makan di meja yang disediakan di kantin. Dilarang makan sambil berjalan dan di lokasi yang tidak dibenarkan.

3.         Kebersihan kantin hendaklah sentiasa dijaga. Pinggan dan bekas minuman hendaklah diletakkan di dalam bekas yang disediakan selepas selesai makan dan minum.

4.         Pengusaha kantin dilarang menjual makanan tidak berkhasiat seperti jeruk atau gula-gula.

5.         Sebarang aduan yang berkaitan dengan makanan, minuman dan persekitaran kantin hendaklah dibuat melalui Penyelaras Kantin atau GPK Hal Ehwal Murid.


DISIPLIN

1.         Murid lelaki dilarang berambut panjang.

2.         Murid dilarang meninggal kelas semasa waktu pdp tanpa kebenaran guru.

3.         Murid dilarang masuk ke bilik-bilik khas tanpa kebenaran guru.

4.         Murid dilarang mengeluarkan kata-kata tidak beradap kepada guru-guru, kaki tangan sekolah, pengusaha kantin, pekerja pembersihan, pengawal keselamatan dan rakan-rakan.

5.         Murid dikehendaki menghormati guru dengan patuh kepada arahan guru dan sentiasa memberi salam ketika berjumpa dengan guru.

6.         Semua Pengawas Sekolah, Ketua Kelas dan Penolong Ketua kelas hendaklah memainkan peranan menjadi mata dan telinga guru-guru bagi memastikan semua murid mematuhi peraturan sekolah.

7.         Pengawas Sekolah, Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas juga harus menunjukkan tingkahlaku terbaik agar dapat diikuti oleh murid-murid yang lain.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan