Khamis, 3 Oktober 2019

Majlis Perpisahan Puan Rozilah Busu dan Puan Suriyati Mohamad Dohir

Majlis meraikan pertukaran Puan Rozilah Busu (Ketua Pembantu Tadbir) dan Puan Hajjah Suriyati Mohamad Dohir (Guru Pendidikan Islam) telah diadakan pada 7 Julai 2019. Terima kasih di atas sumbangan dan bakti yang dicurahkan sepanjang berkhidmat di SK Wan Ibrahim. Semoga terus cemerlang di tempat bertugas yang baru.
Setinggi penghargaan kepada Ustaz Razali Ishak (Pengerusi Kelab Staf SKWI), ahli-ahli Jawatankuasa dan semua guru yang telah memberi kerjasama terbaik bagi menjayakan majlis ini. Semoga persahabatan dan ukhwah kita terus utuh bagi melestarikan kecemerlangan sekolah.
Terima kasih juga kepada En. Ahmad Rosli bin Ismail, Penyelia Kanan Sekolah Rendah, Pejabat Pendidikan Daerah Lipis kerana sudi memenuhi jemputan kami bagi memeriahkan lagi majlis ini




Tiada ulasan:

Catat Ulasan