Isnin, 28 Oktober 2019

Program 'Fun Game' Bersama IPGTAA di SK Wan Ibrahim

Pada 23 Oktober 2019 yang lalu, berlangsung program 'Fun Game' yang dikelolakan oleh pelatih-pelatih IPG Tengku Ampuan Afzan Kuala Lipis. Program ini merupakan sebahagian daripada Program Pasca UPSR SKWI 2019.

Seramai 20 orang pelatih-pelatih IPGTAA terlibat dalam perogram ini.

Semoga program ini memberi manfaat kepada semua murid-murid Tahun 6 yang terlibat. Selain mengisi ruang selepas UPSR, harapan kita program seumpama ini dapat melatih mereka berkomunikasi dengan baik, bekerjasama, mendengar arahan dan menanam sikap hormat-menghormati.

Terima kasih kepada Jabatan Pendidikan Jasmani IPGTAA Kuala Lipis, terutamanya kepada Ketua Jabatan PJ, Encik Zakari Zakaria serta pensyarah-pensyarah yang turut terlibat dalam program ini. Semoga kerjasama ini dapat diteruskan di tahun-tahun akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan