Khamis, 3 Oktober 2019

Gotong-Royong SK Wan Ibrahim 2019

Setinggi penghargaan dan terima kasih kepada guru-guru dan ibu bapa yang terlibat menjayakan gotong-royong yang telah diadakan pada 13 Julai 2019 yang lalu. Selain bermatlamat menjadikan persekitaran sekolah bersih dan ceria, program gotong-royong ini juga diharapkan dapat mendekatkan ibu bapa dengan pihak sekolah. Hubungan baik yang terjalin nanti, membolehkan sebarang urusan atau isu yang timbul diselesai dengan mudah.






Terima kasih juga kepada En. Mohamad Nizam bin Mohamad Ali, Yang Dipertua PIBG kerana turut hadir. Tahniah kepada Jawatankuasa HEM, terutama Unit 3K di atas pengurusan program yang berjalan lancar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan