Isnin, 28 Oktober 2019

Program 'Fun Game' Bersama IPGTAA di SK Wan Ibrahim

Pada 23 Oktober 2019 yang lalu, berlangsung program 'Fun Game' yang dikelolakan oleh pelatih-pelatih IPG Tengku Ampuan Afzan Kuala Lipis. Program ini merupakan sebahagian daripada Program Pasca UPSR SKWI 2019.

Seramai 20 orang pelatih-pelatih IPGTAA terlibat dalam perogram ini.

Semoga program ini memberi manfaat kepada semua murid-murid Tahun 6 yang terlibat. Selain mengisi ruang selepas UPSR, harapan kita program seumpama ini dapat melatih mereka berkomunikasi dengan baik, bekerjasama, mendengar arahan dan menanam sikap hormat-menghormati.

Terima kasih kepada Jabatan Pendidikan Jasmani IPGTAA Kuala Lipis, terutamanya kepada Ketua Jabatan PJ, Encik Zakari Zakaria serta pensyarah-pensyarah yang turut terlibat dalam program ini. Semoga kerjasama ini dapat diteruskan di tahun-tahun akan datang.

Ahad, 27 Oktober 2019

Penyampaian Wang Zakat MUIP Kepada Murid-Murid SK Wan Ibrahim

Alhamdulillah, Majlis Ugama Islam Pahang (MUIP) telah meluluskan permohonan wang zakat untuk murid-murid SK Wan Ibrahim.

Terima kasih Ustaz Aliuddin, Pegawai Hal Ehwal Islam MUIP Kuala Lipis kerana sudi hadir menyampaikan wang zakat tersebut.

Semua murid beragama Islam layak mendapatnya.

Terima kasih MUIP...rezeki anak-anak.

Sabtu, 12 Oktober 2019

SK Wan Ibrahim Menyertai Karnival Koi Nak Sihat Lipis 2019

Pada 12 dan 13 Oktober 2019, Jabatan Kesihatan Pahang telah menganjurkan Karnival Koi Nak Sihat Lipis 2019 di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah Kuala Lipis. Berbagai acara telah diadakan sempena karnival ini. SK Wan Ibrahim telah mengambil bahagian dalam beberapa acara yang telah diadakan. Alhamdulillah telah berjaya mencapai kejayaan yang cemerlang dalam acara-acara yang diambil.


Menjadi Johan pertandingan 'Action Song'.

Menjadi Johan pertandingan 7 Langkah Cuci Tangan.

Mendapat Anugerah Pendidikan Khas bagi acara Aerobicthon.

Persembahan Action Song SKWI di Dewan Jubli Perak SHAS Kuala Lipis.

Persembahan semula 'Action Song' di hadapan Menteri Kesihatan, YB Dato' Seri Dzulkefley Ahmad di perkarangan Dewan Jubli Perak SHAS Kuala Lipis pada 13 Oktober 2019.


Pertandingan 7 Langkah Cuci Tangan di perkarangan Dewan Jubli Perak SHAS Kuala Lipis pada 12 Oktober 2019.

Jumaat, 11 Oktober 2019

Bengkel 'Learn English For Fun' (Highly Emmersive Programme)

Program 'Learn English For Fun' telah diadakan di SK Wan Ibrahim pada 10 Oktober 2019. Program yang diterajui oleh Mr. Sahadevan Subramaniam dari ARSS Maju Resourcess ini turut disertai oleh murid-murid dari SK Tempoyang dan Sekolah Indera Shahbandar Pahang (SISP). 3 Objektif yang digariskan untuk program ini ialah untuk meningkatkan pencapaian Bahasa Inggeris dalam peperiksaan UPSR. Kedua untuk menimbulkan minat serta seronok untuk belajar Bahasa Inggeris dan yang ketiga untuk memantapkan tahap keyakinan diri murid-murid menggunakan Bahasa Inggeris.

Tuan Guru Besar menyampaikan sijil penghargaan kepada Mr. Sahadevan Subramaniam.

Penyampaian cenderamata kepada Pn. Siti Hafizah, selaku penyelaras program.

Guru Besar menyampaikan hadiah kepada kumpulan-kumpulan yang menunjukkan prestasi terbaik dalam program ini.

Murid-murid mengambil bahagian aktif dalam aktiviti yang dilaksanakan.

Semoga program ini memberik impak yang besar kepada murid-murid yang terlibat.

Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program ini.

Khamis, 3 Oktober 2019

Perkhemahan Murid-Murid PPKI SK Wan Ibrahim 2019

Perkhemahan murid-murid berkeperluan khas SK wan Ibrahim telah diadakan pada 2 Oktober 2019 yang lalu. Seramai 23 orang murid PPKI terlibat dalam perkhemahan ini.


 Tahniah kepada Encik Mohd Bi bin Mohd Samsuri, GPK Pendidikan Khas, guru-guru dan semua PPM kerana dapat menjayakan Program Perkhemahan Murid-Murid PPKI 2019.


 Semoga perkhemahan singkat ini dapat melatih anak-anak istimewa kita melaksanakan tugasan yang diberi serta meningkatkan kebolehan bersosial mereka


Para pentadbir sedang memberi markah kepada pertandingan memasak yang diadakan.

Guru Besar sedang menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Terapi Bowling Murid-Murid Berkeperluan Khas (MBK)

Pada 25 September 2019 telah berlangsung Program Terapi Bowling yang dianjurkan untuk murid-murid berkeperluan khas. 

Program ini bertujuan mengembangkan fungsi kognitif, emosi, sosial, psikomotor dan yakin diri mereka.

Guru Besar menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Guru Besar menyampaikan Sijil Penghargaan kepada wakil U-Bowl di atas kerjasama terbaik mereka.

Terima kasih Encik Mohd Bi bin Mohd Syamsuri, GPK Pendidikan Khas, guru-guru dan PPM kelas PPKI SK Wan Ibrahim di atas usaha bersungguh-sungguh untuk merealisasikan program ini. Semoga program ini, mampu meninggalkan impak yang besar kepada anak-anak istimewa ini 

Pameran Sempena Kolokium Pendidikan Orang Asli Peringkat Kebangsaan 2019.

Tahniah kepada team Pendidikan Khas SKWI di atas penglibatan dalam pameran sempena Kolokium Pendidikan dan Sosioekonomi Orang Asli Peringkat Kebangsaan dan Sambutan Hari Orang Asal Sedunia 2019. 
Ruang pameran sekolah kita turut dilawati oleh YB Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik.

Pamerantelah diadakan di IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan Kuala Lipis.

Bergambar bersama tuan Guru Besar, En. Mohd Fazli bin Abd Hamid.

Program Refleksi Perdana Baca Cepat Kawanku (BCK) Peringkat Daerah di SK Wan Ibrahim

SK Wan Ibrahim telah terpilih sebagai tuan rumah untuk Program Refleksi Perdana Baca Cepat Kawanku (BCK) PPD Lipis 2019. Program ini disertai oleh 30 buah sekolah yang terdapat murid-murid Tahun 1 yang belum menguasai Konstruk 1 dan 2. Program ini dibahagi dua, satu program bersama-sama hampir 115 orang murid dan satu lagi Program Dialog Prestasi bersama dengan Guru Besar sekolah-sekolah terlibat.


Murid-murid dari 30 buah sekolah yang terlibat.

Mendengar taklimat program dan amanat Tuan PPD.

En. Hazimin bin Nordin, Ketua Unit Pengurusan Akademik PPD Lipis mempengerusikan Dialog Prestasi BCK 2019. Turut hadir En. Amin Nollah Lateh, Pegawai Pendidikan Daerah Lipis.

Sebahagian Guru Besar terlibat.

Perkhemahan Bersepadu SK Wan Ibrahim 2019

Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform SK Wan Ibrahim telah diadakan pada 12 hingga 14 September 2019 di persekitaran sekolah. Program ini melibatkan murid-murid Tahap 2. Berbagai aktiviti telah dirancang dan dilaksanakan sempanjang perkhemahan ini berlangsung. Tahniah kepada Puan Zahalina Mohamad, GPK Kokurikulum dan semua guru yang telah terlibat dalam perkhemahan ini,

Antara pertandingan yang diadakan iaitu masakan rimba.

Solat jemaah dan tazkirah diadakan untuk solat Maqrib dan Isyak. Terima kasih Panitia Pendidikan Islam yang menguruskan program ini.

Lawatan ke Kem Batalion 8 RAMD Kuala Lipis.

Penyampaian sijil pengharhaan kepada Pegawai Pemerintah Kem Batalion 8 RAMD Kuala Lipis.

Majlis penyampaikan hadiah kepada pemenang dalam acara yang dipertandingan dalam perkhemahan ini.

SK Wan Ibrahim Johan Pertandingan Keceriaan Sambutan Merdeka 2019

Tahniah kepada guru-guru dan staf SK Wan Ibrahim di atas kejayaan menjadi JOHAN dalam Pertandingan Keceriaan Sambutan Merdeka 2019 yang telah dianjurkan oleh Pejabat Daerah Lipis.

Piala dan hadiah wang tunai RM500.00 yang diterima.

Guru Besar sedang menerima hadiah kemenangan daripada Pegawai Daerah Lipis, Dato' Mohd Hafizi Bin Ibrahim.

Guru Besar bergambar dengan Tuan Haji Zulfakri bin Idris, Penolong PPD Perhubungan yang menjadi pendorong kepada penyertaan SKWI dalam pertandingan ini.

Majlis Penutupan Sambutan Bulan Kemerdekaan SK Wan Ibrahim 2019

Majlis Penutupan Sambutan Bulan Kemerdekaan 2019 telah diadakan pada 30 Ogos 2019. Tahniah dan terima kasih kepada Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Sambutan Bulan Kemerdekaan yang telah dapat melaksanakan program sambutan ini dengan sebaiknya.







Kejohanan Olahraga Tahunan SK Wan Ibrahim 2019

Alhamdulillah, selesai Kejohanan Sukan Tahunan SK Wan Ibrahim Kali Ke-54 Tahun 2019. Setinggi penghargaan dan terima kasih kepada GPK Kokurikulum, Setiausaha Sukan, guru-guru, AKP dan murid-murid yang telah bertungkus lumus menjayakan kejohanan ini.
Terima kasih kepada En. Mohd Azri bin Nazar, Penolong PPD Kokurikulum kerana sudi hadir mewakili Pegawai Pendidikan Daerah Lipis bagi merasmikan kejohanan sukan kali ini. Terima kasih juga kepada En. Mohd Nizam bin Mohd Ali, Yang Dipertua PIBG kerana sudi hadir.

Encik Mohd Azri menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Turut menyampaikan hadiah En. Mohd Nizam bin Mohd Ali, YDP PIBG SK Wan Ibrahim.

Perbarisan rumah sukan.

Persembahan pembukaan.

Pertandingan rumah sukan.

Guru Besar menyampaikan cenderamata kepada En. Mohd Azri yang sudi hadir merasmikan Kejohanan Olahraga Tahunan SK Wan Ibrahim 2019.