Khamis, 12 Disember 2019

YB Dr Maszlee Malik : Mansuh Peperiksaan Tahap 1


Selamat tengahari.

Saya ingin kongsikan kepada semua rakyat Malaysia. Bermula daripada awal tahun 2019, kita telah memansuhkan peperiksaan bagi murid Tahap 1. Anak-anak kita yang berada dalam Darjah 1, 2 dan 3, kesemua mereka ini tidak lagi dibebani dengan peperiksaan. Hasrat kita mudah, kita tidak mahu melahirkan anak-anak yang diukur kejayaan mereka dengan tangga kedudukan dalam peperiksaan semata-mata.

Secara dasarnya, kita mahu bergerak ke arah sistem pembelajaran berasaskan murid, bukan lagi berorientasikan peperiksaan. Kita mahu melihat mereka gembira dan seronok untuk datang ke sekolah. Di peringkat awal ini, kemahiran membaca, berkomunikasi dan membina minat terhadap pembelajaran amat penting bagi anak-anak.

Ya, kita memang perlu berdepan dan bersiap menghadapi kelajuan teknologi. Tetapi, kegembiraan anak-anak dan nilai-nilai murni yang seharusnya dipupuk sedari kecil, perlu kita utama dan imbangkan.

Terus bersama, menyokong dan membantu kami di KPM. Demi pendidikan yang terbaik untuk anak-anak. Pendidikan adalah tanggungjawab kita bersama.


YB Dr Maszlee Malik
Menteri Pendidikan Malaysia
(copy & paste Facebook)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan