Apa itu Budaya Sekolah?
- Deal dan Peterson (1998) mengutarakan budaya sekolah sebagai set norma dan nilai, ritual dan tradisi, adat istiadat dan cerita yang terbentuk menerusi jangka panjang yang membolehkan warganya bekerja dan belajar bersama.
- Terry Deal(2002), budaya sekolah ialah keadaan yang merangkumi norma-norma, nilai-nilai, kepercayaan-kepecayaan,dan tradisi-tradisi yang membentuk peraturan-peraturan yang tidak bertulis mengenai cara berfikir, merasa dan bertindak dalam organisasi.
Dengan adanya pengamalan berterusan budaya sekolah ini, secara tidak langsung warga sesebuah sekolah itu sedang membina WATAK sekolah. Inilah yang sedang pihak sekolah usahakan agar sekolah ini akhirnya memiliki watak tersendiri yang membezakannya dengan sekolah-sekolah lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan