Isnin, 30 Disember 2019

Mesyuarat Pengurusan Kali Pertama 2020

Mesyuarat Pengurusan SK Wan Ibrahim Bilangan 1/2020 telah diadakan pada 30 Disember 2020 (Isnin).

Agenda mesyuarat ini ialah Taklimat Pengurusan Pentadbiran oleh Guru Besar, Taklimat Kewangan, Taklimat Kurikulum, Taklimat Hal Ehwal Murid, Taklimat Kokurikulum dan Taklimat Pendidikan Khas.

Semoga guru-guru menerima tugasan yang ditetapkan dengan hati yang terbuka dan seterusnya melaksanakan tugasan tersebut dengan penuh komitmen.

Jumaat, 27 Disember 2019

Pendaftaran dan Orientasi Tahun Satu 2020

Alhamdulillah urusan pendaftaran dan orientasi murid-murid Tahun 1 bagi sesi persekolahan 2020 telah dapat dilaksanakan dengan lancarnya pada 27 Disember 2019 di Dewan Ibnu Sina, SK Wan Ibrahim.

Selesai taklimat yang disampaikan oleh tuan Guru Besar dan Kaunselor sekolah, murid-murid dibawa ke kelas masing-masing.

Ibu bapa murid-murid Tahun 1 sedang membuat pembayaran bagi membeli keperluan sekolah anak-anak.

Selain ibu bapa Tahun 1 yang hadir ke sekolah, ibu bapa bagi murid-murid kelas lain juga turut hadir bagi membuat pembayaran keperluan persekolahan anak-anak.

Ahad, 22 Disember 2019

Budaya Sekolah

Berikut adalah budaya yang akan cuba diterapkan dalam kalangan warga SK Wan Ibrahim bermula pada sesi persekolahan 2020. Walaupun sudah ada usaha sebelum ini untuk melaksanakan budaya ini di sekolah, namun kekurangan penekanan dan ketiadaan perancangan program tindak susul menyebabkan budaya-budaya ini sukar diterapkan dalam jiwa setiap warga sekolah.


Apa itu Budaya Sekolah?

  1. Deal dan Peterson (1998) mengutarakan budaya sekolah sebagai set norma dan nilai, ritual dan tradisi, adat istiadat dan cerita yang terbentuk menerusi jangka panjang yang membolehkan warganya bekerja dan belajar bersama. 

  2. Terry Deal(2002), budaya sekolah ialah keadaan yang merangkumi norma-norma, nilai-nilai, kepercayaan-kepecayaan,dan tradisi-tradisi yang membentuk peraturan-peraturan yang tidak bertulis mengenai cara berfikir, merasa dan bertindak dalam organisasi.
Budaya sekolah bukan sesuatu yang hanya boleh diwar-warkan sahaja. Budaya ini tentu sekali tidak akan diamalkan oleh warga sekolah seandainya tiada usaha memberi pemahaman serta tiada penekanan oleh pihak pentadbir sekolah. Atas sebab itulah, maka selain budaya ini diwar-warkan dalam kalangan guru-guru, staf sokongan dan murid-murid, program-program kesedaran dan pemahaman perlu dilaksanakan dari masa ke semasa.

Dengan adanya pengamalan berterusan budaya sekolah ini, secara tidak langsung warga sesebuah sekolah itu sedang membina WATAK sekolah. Inilah yang sedang pihak sekolah usahakan agar sekolah ini akhirnya memiliki watak tersendiri yang membezakannya dengan sekolah-sekolah lain.

Khamis, 12 Disember 2019

YB Dr Maszlee Malik : Mansuh Peperiksaan Tahap 1


Selamat tengahari.

Saya ingin kongsikan kepada semua rakyat Malaysia. Bermula daripada awal tahun 2019, kita telah memansuhkan peperiksaan bagi murid Tahap 1. Anak-anak kita yang berada dalam Darjah 1, 2 dan 3, kesemua mereka ini tidak lagi dibebani dengan peperiksaan. Hasrat kita mudah, kita tidak mahu melahirkan anak-anak yang diukur kejayaan mereka dengan tangga kedudukan dalam peperiksaan semata-mata.

Secara dasarnya, kita mahu bergerak ke arah sistem pembelajaran berasaskan murid, bukan lagi berorientasikan peperiksaan. Kita mahu melihat mereka gembira dan seronok untuk datang ke sekolah. Di peringkat awal ini, kemahiran membaca, berkomunikasi dan membina minat terhadap pembelajaran amat penting bagi anak-anak.

Ya, kita memang perlu berdepan dan bersiap menghadapi kelajuan teknologi. Tetapi, kegembiraan anak-anak dan nilai-nilai murni yang seharusnya dipupuk sedari kecil, perlu kita utama dan imbangkan.

Terus bersama, menyokong dan membantu kami di KPM. Demi pendidikan yang terbaik untuk anak-anak. Pendidikan adalah tanggungjawab kita bersama.


YB Dr Maszlee Malik
Menteri Pendidikan Malaysia
(copy & paste Facebook)

Selasa, 10 Disember 2019

Senarai Semak Pemeriksaan Persediaan Pembukaan Sekolah (PPPS) 2020

Berikut adalah senarai semak yang dikeluarkan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai persediaan pembukaan sekolah bagi sesi persekolahan 2020.

BIL
PERKARA / DIMENSI
1
 Dimensi 1 - Profil Sekolah

2
 Dimensi 2 - Keperluan Meja & Kerusi 

3
 Dimensi 3 - Kebersihan Sekolah 

4
 Dimensi 4 - Keselamatan Sekolah
 Pagar Sekolah
 Pagar Asrama
 Pendawaian Elektrik
 Alat Pemadam Api
 Bangunan Sekolah
 Padang / Gelanggang Permainan

5
 Dimensi 5 - Kebolehgunaan Peralatan PDPC
 Peralatan Makmal Sains
 Peralatan ICT
 Bengkel KH/MPV/MPAV
 Stor Sukan
 Bengkel & Peralatan ERT
 Peralatan Muzik

6
 Dimensi 6 - Pengurusan Sumber
 Pengisian Jawatan Pengurusan Sekolah & Guru

7
 Dimensi 7 - Keperluan Buku Teks

8
 Dimensi 8 - Pengurusan PIBG
 No. Pendaftaran PIBG
 Tarikh Mesyuarat
 Jumlah Sumbangan

9
 Dimensi 9 - Isu dan Masalah Untuk Tindakan Segera

Ahad, 24 November 2019

Majlis Apresiasi Pendidikan SK Wan Ibrahim 2019

Majlis Apresiasi Pendidikan SK Wan Ibrahim 2019 telah diadakan pada 20 November 2019 (Rabu).

Terima kasih Encik Ade Izzuan bin Abu Bakar, Kaunselor Pendidikan Daerah kerana sudi hadir mewakili Pegawai Pendidikan Daerah Lipis bagi merasmikan majlis ini.

Guru Besar menyampaikan Sijil Penghargaan kepada Bank Rakyat Cawangan Lipis di atas pemberian wang zakat kepada semua murid Islam SK Wan Ibrahim.

Penyampaian Sijil Penghargaan kepada Sanas FC di atas sumbangan terhadap kemajuan bola sepak sekolah.

Terima kasih kepada Guru Silat di atas kerjasama melatih pasukan silat sekolah untuk mengadakan persembahan sempena Karnival Koi Nak Sihat anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia.

Penyampaian Sijil Penghargaan kepada Ustaz Aliuddin bin Abdul Halim, Pegawai Hal Ehwal Islam MUIP Cawangan Kuala Lipis sebagai wakil Majlis Ugama Islam Pahang di atas pemberian wang zakat kepada murid-murid SK Wan Ibrahim.

Tahniah kepada semua murid yang berjaya menunjukkan prestasi cemerlang.

Setinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua Ahli Jawatankuasa Kerja yang telah bertungkus lumus memastikan majlis ini berjalan dengan lancar. Terima kasih juga kepada semua ibu bapa dan penjaga kerana dapat hadir memberi sokongan kepada anak-anak.


Jumaat, 22 November 2019

Majlis Persaraan Puan Siti Rokiah binti Mat Seman

Jumaat 22 November 2019 merupakan hari terakhir Puan Siti Rokiah binti Mat Seman berkhidmatan sebagai guru di SK Wan Ibrahim. Setelah menumpah bakti selama hampir 19 tahun di sekolah ini dan selama 31 tahun sebagai kakitangan awam, beliau akan menamatkan kerjaya beliau pada usia 55 tahun.

Setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Puan Siti Rokiah atas sumbangan dan khidmat bakti yang dicurahkan selama bertugas di sekolah ini.

Semoga Allah SWT memelihara kesihatan Puan Siti Rokiah sepanjang usia persaraan beliau.

Persembahan guru-guru Panitia Agama Islam sempena majlis persaraan Puan Siti Rokiah.

Persembahan murid Tahun 6.

Persembahan murid PPKI.

Persembahan murid prasekolah.

Encik Mohd Fazli bin Abd Hamid, Guru Besar SK Wan Ibrahim menyampaiakn ucapan sempena Majlis Persaraan Puan Siti Rokiah.

Puan Siti Rokiah sedang menyampaikan ucapan terakhir sempena majlis persaraan beliau.

Setinggi penghargaan kepada semua AJK Pelaksana yang telah berjaya mengadakan majlis persaraan ini. Semoga menjadi kenangan terindah buat cikgu Siti Rokiah.

Rabu, 20 November 2019

Jamuan Akhir Tahun Kelab Guru dan Staf SK Wan Ibrahim 2019.

Tahniah kepada Ustaz Razali binti Ishak, Pengerusi Kelab Guru dan Staf SK Wan Ibrahim dan semua Ahli Jawatankuasa kerana berjaya mengadakan Jamuan Akhir Tahun 2019 pada 19 November 2019, jam 8.00 malam di Hotel Lipis Plaza.

Selain sebagai acara rutin hujung tahun, Jamuan Makan Malam ini juga bertujuan untuk meraikan persaraan Puan Siti Rokiah binti Mat Seman dan pertukaran Ustazah Napisah binti Mohd Ismail. Tuan Guru Besar sedang menyampaikan hadiah kepada Puan Siti Rokiah.


Encik Mohd Fazli bin Abd Hamid, Guru Besar SKWI sedang menyampaikan hadiah kepada Ustazah Napisah binti Mohd Ismail yang bertukar balik ke Negeri Kelantan.

Acara memotong kek sempena meraikan persaraan Puan Siti Rokiah dan pertukaran Ustazah Napisah.

Terima kasih AJK Kelab Guru dan Staf SK Wan Ibrahim 2019.

Sabtu, 16 November 2019

Majlis Khatam Al-Quran SK Wan Ibrahim 2019M/1441H

Alhamdulillah, Majlis Khatam Al-Quran Tahun Enam telah berjaya diadakan pada 15 November 2019 (Jumaat).

Tuan Guru Besar, En. Mohd Fazli bin Abd Hamid sedang menyampaikan ucapan perasmian.

Semoga majlis ini menjadi inspirasi untuk anak-anak menanam minat membaca Al-Quran di dalam hati mereka.

Tahniah kepada Jawatankuasa Pelaksana Majlis Khatam Al-Quran 2019. Semoga program ini mencapai matlamatnya.

Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi PPKI SK Wan Ibrahim 2019

Pada 14 November 2019 telah berlangsung Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi PPKI 2019. Tuan Guru Besar sedang menyampaikan sijil dan hadiah kepada satu-satunya murid yang bergraduasi pada tahun ini. Tahun depan Mohamad Afiq Afnan bin Azmi akan meneruskan pengajiannya ke sekolah menengah pula.

Tuan Guru Besar, En. Mohd Fazli bin Abd Hamid sedang menyampaikan hadiah kepada anak-anak PPKI yang mempamerkan kecemerlangan.

Guru-guru PPKI bergambar dengan Tuan Guru Besar.

Tahniah kepada En. Mohd Bi bin Mohd Samsuri, GPK Pendidikan Khas dan semua Jawatankuasa yang bertungkus lumus merealisasikan majlis ini. Terima kasih kepada ibu bapa dan penjaga yang dapat hadir

Majlis Penyampaian Sijil Prasekolah SK Wan Ibrahim 2019

Pada 12 November 2019 (Selasa) telah berlangsung Majlis Penyampaian Sijil Prasekolah 2019 di Dewan Ibnu Sina SK Wan Ibrahim.

Puan Hasnoraidah binti Wan Azman, GPK Pentadbiran sedang menyampaikan sijil dan cenderamata kepada salah seorang murid prasekolah. Tahniah kepada anak-anak prasekolah yang telah berjaya menamatkan kelas prasekolah mereka.

Comel anak-anak prasekolah ini. Mesti guru-guru mereka akan merindui saat ini.

Anak-anak prasekolah menunjukkan bakat tarian mereka. Penglibatan dalam aktiviti-aktiviti kesenian ini merupakan antara strategi untuk meningkatkan keberanian dan yakin diri murid-murid. Semoga anak-anak ini dapat meneruskan persekolahan mereka di Tahun Satu nanti dengan baik.

Jumaat, 8 November 2019

Simulasi Haji Cilik SK Wan Ibrahim

Pada 8 November 2019 (Jumaat), Panitia Agama Islam SK Wan Ibrahim telah menganjurkan Program Simulasi Haji Cilik sebagai sebahagian aktiviti Pasca UPSR 2019. Program ini diterajui oleh Muttawif undangan Ustaz Mohd Amin bin Mohd Azli dari SK Tanjung Gahai.

Ucapan aluan oleh Tuan Guru Besar sebelum program dijalankan.

Ustaz Mohd Amin bin Mohd Azli sedang memberi panduan cara-cara memakai ihram.

Simulasi tawaf 7 kali di sekeliling replika Kaabah.

Sa'i antara Safa dan Marwah.

Mengumpul batu di Muzdalifah untuk tujuan melontar.

Simulasi melontar jumrah di Mina.

Tuan Guru Besar menyampaikan cenderamata kepada Ustaz Mohd Amin bin Mohd Azli selaku Muttawif dalam program ini.