Isnin, 24 Oktober 2022

Majlis Pembugaran Pengakap Lebah Daerah Lipis 2022

 

Pada 19 Oktober 2022 (Rabu) yang lalu telah berlangsung Majlis Pembugaran Pengakap Lebah Prasekolah Daerah Lipis. Tujuan majlis ini diadakan ialah untuk membugar kembali penubuhan Pengakap Lebah di kelas-kelas prasekolah setelah dilihat agak perlahan pelaksanaannya pasca PKP ini. Diharapkan dengan pelaksanaan Pengakap Lebah ini akan memberi banyak manfaat kepada murid-murid prasekolah. Majlis ini telah diadakan di Dewan Permata SK Penjom. Majlis dirasmikan oleh Encik Amin Nollah bin Lateh, Pegawai Pendidikan Daerah Lipis. Turut hadir ialah Timbalan PPD Pengurusan Sekolah, Encik Mazlienor bin Daud.

Guru Besar SK Wan Ibrahim, Encik Mohd Fazli bin Abd Hamid selaku Pengerusi Jawatankuasa Penggerak Prasekolah Daerah Lipis menyampaikan ucapan alu-aluan.

Tuan PPD bersama dengan Penolong PPD Prasekolah, Pengerusi Penggerak Daerah dan Guru Besar SK Penjom berada di atas pentas untuk acara gimik pelancaran.

Pengerusi Jawatankuasa Penggerak Prasekolah Daerah menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan mewarna. Tahniah kepada murid prasekolah SK Wan Ibrahim kerana berjaya mendapat tempat ke tiga.

Turut disampaikan dalam majlis ini ialah hadiah-hadiah bagi pemenang acara Fiesta Prasekolah Daerah Lipis 2022. Tahniah kepada semua sekolah yang telah berjaya.

Tahniah kepada murid-murid prasekolah SK Wan Ibrahim kerana dipilih mempersembahkan tarian selamat datang dalam majlis ini.

Tahniah juga kepada Kelab Robotik SK Wan Ibrahim di bawah bimbingan Encik Lukman Hakim bin Abdullah kerana dapat melaksanakan acara Gimik Pelancaran dengan jayanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan