Isnin, 24 Oktober 2022

Program khidmat Bantu Gerak Gempur Membaca

 

Hari ini (21 Oktober 2022) berlangsung Program Khidmat Bantu Gerak Gempur Membaca yang dianjurkan oleh PPD Lipis di bawah Pn. Zarina binti Ahmad Termizi, Penolong PPD Pemulihan Khas bersama dengan Unit Pemulihan Khas SK Wan Ibrahim. Seramai 10 orang guru dari 9 buah sekolah daerah Lipis terlibat. Sasaran program ini ialah murid-murid pemulihan khas dari tahun 2 hingga 6.

Puan Zurahana binti Kassim, Penolong PPD Pemulihan Khas menyampaikan cenderamata kepada murid-murid yang terlibat.

Terima kasih Puan Zarina binti Ahmad Termizi, Penolong PPD Pemulihan Khas yang menjadi penggerak kepada program ini.

Terima kasih kepada semua guru yang bertindak sebagai fasilitator dalam program ini. Semoga usaha kita ini sedikit sebanyak menyumbang ke arah kempen sifar tidak boleh membaca dalam kalangan murid-murid.

Setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Puan Fakhrana binti Mohamad yang menjadi coordinator bagi program ini. Beliau merupakan guru pemulihan khas SK Wan Ibrahim.

Walaupun program ini hanya berlangsung dalam masa 2 jam sahaja, namun diharapkan mampu memberi impak yang besar terutama dalam menaikkan minat murid-murid untuk membaca.

Majlis Pembugaran Pengakap Lebah Daerah Lipis 2022

 

Pada 19 Oktober 2022 (Rabu) yang lalu telah berlangsung Majlis Pembugaran Pengakap Lebah Prasekolah Daerah Lipis. Tujuan majlis ini diadakan ialah untuk membugar kembali penubuhan Pengakap Lebah di kelas-kelas prasekolah setelah dilihat agak perlahan pelaksanaannya pasca PKP ini. Diharapkan dengan pelaksanaan Pengakap Lebah ini akan memberi banyak manfaat kepada murid-murid prasekolah. Majlis ini telah diadakan di Dewan Permata SK Penjom. Majlis dirasmikan oleh Encik Amin Nollah bin Lateh, Pegawai Pendidikan Daerah Lipis. Turut hadir ialah Timbalan PPD Pengurusan Sekolah, Encik Mazlienor bin Daud.

Guru Besar SK Wan Ibrahim, Encik Mohd Fazli bin Abd Hamid selaku Pengerusi Jawatankuasa Penggerak Prasekolah Daerah Lipis menyampaikan ucapan alu-aluan.

Tuan PPD bersama dengan Penolong PPD Prasekolah, Pengerusi Penggerak Daerah dan Guru Besar SK Penjom berada di atas pentas untuk acara gimik pelancaran.

Pengerusi Jawatankuasa Penggerak Prasekolah Daerah menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan mewarna. Tahniah kepada murid prasekolah SK Wan Ibrahim kerana berjaya mendapat tempat ke tiga.

Turut disampaikan dalam majlis ini ialah hadiah-hadiah bagi pemenang acara Fiesta Prasekolah Daerah Lipis 2022. Tahniah kepada semua sekolah yang telah berjaya.

Tahniah kepada murid-murid prasekolah SK Wan Ibrahim kerana dipilih mempersembahkan tarian selamat datang dalam majlis ini.

Tahniah juga kepada Kelab Robotik SK Wan Ibrahim di bawah bimbingan Encik Lukman Hakim bin Abdullah kerana dapat melaksanakan acara Gimik Pelancaran dengan jayanya.

Ahad, 16 Oktober 2022

Sambutan Maulidur Rasul 2022

 

Pada 14 Oktober 2022 (Jumaat) telah diadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul 2022 SK Wan Ibrahim. Sambutan dimulakan dengan perarakan semua guru, staf AKP, pekerja swasta dan murid-murid. Bagi memeriakan perarakan ini, turut diadakan pertandingan sepanduk. Tahniah kelas PPKI kerana memenangi pertandingan sepanduk ini.

Tuan Guru Besar, En. Mohd Fazli bin Abd Hamid menyampaikan ucapan dan amanat sempena Sambutan Maulidur Rasul 2022 ini.

Terima kasih Ustaz Hassan Basri bin Haji Ahmad, Qari Daerah Lipis kerana sudi menyampaikan  ceramah berkaitan peristiwa besar kelahiran Nabi Muhammad SAW.

Tahniah kepada Ustazah Noraini binti Mohamed atas pemilihan sebagai penerima Anugerah Khas 'Guru Gigih' Sempena Sambutan Maulidur Rasul SK Wan Ibrahim 2022.


Rakaman sepanjang Majlis Sambutan Maulidur Rasul 2022.

Rabu, 12 Oktober 2022

Anugerah Kecemerlangan Akademik Lipis (AKAL) 2021

Terima kasih Pejabat Pendidikan Daerah Lipis atas pemilihan SKWI sebagai salah sebuah sekolah penerima Anugerah Pengurusan PBD dan Anugerah Pusat Sumber Sekolah sempena majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik Lipis (AKAL) 2021. Turut disampaikan ialah Sijil Penghargaan UPKK Cemerlang 8A.

Setinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua guru, AJK Pusat Sumber Perba Jelai dan guru-guru KAFA yang telah melaksanakan tugas masing-masing dengan jayanya. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi buat kita untuk lebih cemerlang pada masa akan datang.

Tahniah juga kepada pasukan nasyid SKWI kerana mengambil bahagian dalam persembahan sempena majlis AKAL ini. Terima kasih kepada guru-guru yang mengurus dan melatih pasukan nasyid ini. Sesungguhnya kita dalam usaha mengangkat nasyid sebagai salah satu kebitaraan sekolah kita

Majlis Grading Koryo Taekwando Club

Pada 7 Oktober 2022 telah berlangsung Majlis Grading Koryo Taekwando Club untuk murid-murid yang menyertai sukan bela diri ini. Seramai 71 orang murid terlibat termasuk dari sekolah-sekolah berhampiran.

Diharapkan dengan menyertai sukan taekwando ini, murid-murid dapat mengisi masa lapang secara berfaedah. Selain itu, sukan ini juga dapat meningkatkan disiplin, jati diri serta tahap keyakinan murid-murid.

Walaupun sukan ini memerlukan kos tertentu yang perlu disediakan oleh ibu bapa, namun imbalan dalam bentuk kemenjadian anak-anak pastinya memuaskan hati kita.

Selasa, 11 Oktober 2022

Jambori Pengakap Pahang 2022

Pada 4 Oktober bermula Jambori Pengakap 2022 yang disertai hampir 1400 orang murid sekolah menengah dan rendah dari seluruh negeri Pahang. Ahli Pengakap SKWI seramai 9 orang turut mewakili kontinjen Zon Bandar Lipis dalam jambori ini. Mereka akan mewakili daerah Lipis bersama ahli Pengakap SK Clifford dalam pertandingan kawad kaki.

Penyertaan dalam jambori ini diharapkan dapat memberi pengalaman terbaik kepada mereka terutama dalam melatih diri berdisiplin dan berdikari.

Tahniah kepada gabungan pasukan Pengakap SK Wan Ibrahim dan SK Clifford kerana berjaya menjadi JOHAN kawad kaki sempena Jambori Pengakap Pahang 2022. Latihan bersungguh-sungguh dua minggu sebelum pertandingan telah membuahkan hasil. Terima kasih kepada semua tenaga pengajar yang telah bertungkus lumus melatih pasukan ini.

Himpunan foto-foto sepanjang Jambori Pengakap Pahang 2020 bagi Zon Bandar Lipis.

Laman Minda Sihat (LMS)

Guru-guru SKWI bergotong-royong bagi menyiapkan Laman Minda Sihat (LMS). SKWI terpilih sebagai pengelola Program LMS ini sebagai salah satu intervensi bagi mempromosi kesihatan psikososial dan kesejahteraan mental dalam kalangan murid-murid.

Walaupun masih dipermulaan, namun dengan semangat dan komitmen yang ditunjukkan oleh guru-guru, insyaa Allah program ini akan berjaya direalisasikan.

Guru-guru pelatih IPGK Tengku Ampuan Afzan yang sedang melaksanakan praktikum di SK Wan Ibrahim juga turut membantu.

Program IPGKTAA dengan PPKI SK Wan Ibrahim

Pada 28 September 2022 telah berlangsung Program khidmat sokongan guru-guru pelatih IPGK Tengku Ampuan Afzan bersama murid-murid PPKI SK Wan Ibrahim. Seramai 56 orang guru pelatih dan 2 orang pensyarah terlibat dalam program ini. Murid-murid PPKI pula seramai 34 orang dengan sokongan guru-guru seramai 10 orang.

Seronok murid-murid PPKI melaksanakan aktiviti yang disediakan oleh guru-guru pelatih IPKTAA.

Semoga program ini berjaya mencapai objektif yang telah ditetapkan.

Bergambar ramai-ramai sejurus selesai program.

Tuan Guru Besar, En. Mohd Fazli bin Abd Hamid menyampaikan cenderamata kenangan kepada En. Supian bin Shah Ariffin, Pensyarah IPGK Tengku Ampuan Afzan Kuala Lipis.


SKWI Johan Pertandingan Video Animasi Sahsiah

Setinggi penghargaan dan tahniah kepada Cikgu Sazuna Ayu binti Mohamed Salleh, Ustazah Khairatul Ilyana binti Yusuf dan murid-murid (Ain Safiyyah, Aiyani Jazlani & Sumayyah Nurjannah) yang terlibat menghasilkan video bagi e-Pertandingan Video Animasi Sahsiah (Rendah) sempena Festival Kesenian Islam Sekolah-Sekolah KPM (FKISS) Peringkat Negeri Pahang. Warga SKWI amat berbangga atas kejayaan ini.


Pada 6 Oktober 2022 (Khamis) Guru Besar, guru pembimbing dan murid-murid terlibat telah dijemput ke SAMT Sultan Hisamuddin, Klang untuk penjurian peringkat kebangsaan.


Namun, rezeki belum menjadi milik team SKWI. Johan pertandingan animasi sahsiah ini diungguli oleh negeri Johor. InsyaAllah, kita cuba lagi nanti