Pada 28 April 2022, SK Wan Ibrahim dikunjungi oleh Encik Razali bin Mohamad, Penolong Pengarah Hal Ehwal Murid, JPN Pahang bagi memantau isu beg berat murid sekolah.
Beliau telah membuat pemantauan ke kelas-kelas bagi melihat sendiri beg-beg murid.
Pihak sekolah telah melancarkan Kempen Menangani Isu Beg Berat bagi menyahut seruan KPM agar isu ini diambil berat dan pihak sekolah merencanakan tindakan mengatasi isu ini dengan segera.
Sebelum itu pada 12 April, sekolah ini telah dikunjungi oleh Pegawai-Pegawai dari Pejabat Pendidikan Daerah Lipis yang diketuai oleh Encik Mokhzani bin Fader (Pegawai SIC+) bagi tujuan yang sama iaitu membuat pemantauan isu beg berat.
Proses menimbang beg murid secara rawak dilaksanakan bagi mendapatkan bacaan berat beg masing-masing.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan