Selasa, 10 Mei 2022

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1443 Hijrah

Ucapan Guru Besar dan Takbir Raya

Guru Besar dan semua Guru Penolong Kanan SK Wan Ibrahim
mengambil kesempatan ini, mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, maaf zahir dan batin. Semoga Syawal yang datang ini membawa seribu rahmat kepada kita semua.

Encik Mohd Fazli bin Abd Hamid (Guru Besar)
Puan Hasnoraidah binti Wan Azman (GPK Pentadbiran)
Cik Fatimahaini binti Azmi (GPK HEM)
Encik Lukman Hakim bin Abdullah (GPK Kokurikulum)
Encik Haziman bin Yamin (GPK Pendidikan Khas)

Majlis Penutup Ihya' Ramadan 1443 Hijrah

 Seperti tahun-tahun sebelum ini, kehadiran bulan Ramadan Kareem disambut meriah oleh umat Islam. Begitu juga di sekolah ini, pelbagai program telah diadakan bagi mengisi sebulan berpuasa ini.

Program Ihya' Ramadan 1443 Hirah (2022)

Perasmian Penutup Program Ihya' Ramadan 1443 Hijrah oleh En. Mohd Fazli bin Abd Hamid,
Guru Besar SK Wan Ibrahim.

Penyampaian bantuan kepada murid yang kurang berkemampuan.

Program Khatam Al-Quran

Rakaman Takbir Raya

Pemberian duit raya kepada semua murid.

Pemantauan Isu Beg Berat Murid Sekolah

Pada 28 April 2022, SK Wan Ibrahim dikunjungi oleh Encik Razali bin Mohamad, Penolong Pengarah Hal Ehwal Murid, JPN Pahang bagi memantau isu beg berat murid sekolah.

Beliau telah membuat pemantauan ke kelas-kelas bagi melihat sendiri beg-beg murid.

Pihak sekolah telah melancarkan Kempen Menangani Isu Beg Berat bagi menyahut seruan KPM agar isu ini diambil berat dan pihak sekolah merencanakan tindakan mengatasi isu ini dengan segera.

Sebelum itu pada 12 April, sekolah ini telah dikunjungi oleh Pegawai-Pegawai dari Pejabat Pendidikan Daerah Lipis yang diketuai oleh Encik Mokhzani bin Fader (Pegawai SIC+) bagi tujuan yang sama iaitu membuat pemantauan isu beg berat.

Proses menimbang beg murid secara rawak dilaksanakan bagi mendapatkan bacaan berat beg masing-masing.