Selasa, 15 Februari 2022

Sesi Anugerah dan Penghargaan Kecemerlangan SK Wan Ibrahim 2021

Sesi Anugerah dan Penghargaan Kecemerlangan SK Wan Ibrahim tetap dilaksanakan seperti tahun-tahun sebelum ini untuk memberi pengikhtirafan kepada murid-murid yang berjaya mempamerkan prestasi yang cemerlang. Namun untuk tahun ini sesi ini dilaksanakan dengan penuh terancang agar SOP pencegahan Covid-19 tetap diamalkan.

Pemilihan murid adalah berdasarkan pencapaian akademik, kokurikulum dan sahsiah hasil perbincangan guru kelas bersama guru-guru mata pelajaran. 10 orang murid telah dipilih bagi setiap kelas bagi menerima penghargaan ini. Bagi kategori tokoh-tokoh penerima anugerah, pemilihan akan dilakukan oleh ahli panel yang dilantik. Pemilihan akan mengambil kira dari segi pelbagai aspek.

Tahniah kepada semua murid yang telah berjaya mempamerkan kecemerlangan dalam sesi persekolahan 2021/2022. Semoga kecemerlangan ini akan berterusan hingga sesi akan datang. Setinggi penghargaan dan terima kasih kepada guru-guru yang terlibat menjayakan Sesi Anugerah dan Penghargaan Kecemerlangan SK Wan Ibrahim 2021.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan