1. Semua
murid diwajibkan hadir ke sekolah sebelum pukul 7.30 pagi.
2. Semua kenderaan ibu bapa / penjaga
murid tidak dibenarkan memasuki kawasan sekolah sama ada pada waktu pagi atau
balik.
3. Kehadiran di sekolah dan dalam kelas adalah
wajib dan mana-mana murid yang ponteng sekolah/kelas akan dikenakan tindakan
disiplin.
4. Murid-murid yang tidak hadir ke sekolah
mestilah ada kenyataan bertulis daripada ibu bapa, penjaga atau surat akuan
doktor (medical certificate) dan diserahkan kepada guru kelas.
5. Murid yang tidak hadir 3 hari
berturut-turut tanpa kenyataan akan diberi surat amaran pertama. Sekiranya
masih tidak hadir 3 hari berikutnya akan diberi surat amaran kedua dan terakhir
sebelum tindakan disiplin diambil.
6. Murid-murid tidak dibenarkan keluar
dari kawasan sekolah semasa waktu persekolahan. Mereka yang hendak
keluar dari kawasan sekolah hendaklah mendapat kebenaran daripada Guru Besar
atau guru-guru yang telah diberi kuasa oleh Guru Besar.
7. Murid-murid yang hendak ke klinik
hendaklah mendapat kebenaran keluar daripada Guru Besar.
Murid-murid berkenaan hendaklah pulang segera ke sekolah/rumah
masing-masing setelah mendapat rawatan dan menunjukkan kad /surat yang
telah ditandatangani oleh pegawai perubatan apabila balik ke sekolah.
8. Murid yang sakit dan ingin balik ke
rumah hendaklah memohon kebenaran daripada Guru Besar. Murid
hanya dibenarkan balik sekiranya ibu bapa atau penjaga datang untuk
mengambilnya dari sekolah.
9. Murid yang hendak
keluar ke tandas atau ke lain tempat hendaklah mendapat
kebenaran daripada guru yang mengajar pada masa itu dan bawa bersamanya kad
kebenaran keluar.
PERATURAN KELAS
1. Semua murid adalah bertanggungjawab
terhadap kebersihan dan keceriaan bilik darjah masing-masing.
2. Semua murid hendaklah bertugas mengikut
Jadual Bertugas yang disediakan. Murid yang bertugas hendaklah datang lebih
awal ke sekolah berbanding murid-murid lain.
3. Semua murid tidak dibenarkan keluar dari
bilik darjah pada waktu belajar. Murid yang hendak keluar dari bilik darjah
hendaklah meminta kebenaran guru yang mengajar pada masa itu.
4. Semua murid hendaklah senyap,
berkelakuan baik dan menunjukkan minat yang tinggi sepanjang pengajaran dan
pembelajaran berlaku.
5. Semua murid hendaklah beratur dengan
senyap semasa bergerak dari bilik darjah ke bilik-bilik khas dan dari
bilik-bilik khas ke bilik darjah.
PERHIMPUNAN SEKOLAH
1. Pehimpunan
sekolah diadakan pada setiap hari Isnin bermula pada jam 7.45 hingga 8.15 pagi di tapak perhimpunan sekolah.
2. Semua
murid hendaklah berada di tempat perhimpunan sebelum masa yang ditetapkan.
Sekiranya cuaca hujan atau sebab-sebab lain pihak sekolah akan mengumumkan
bahawa perhimpunan dibatalkan pada hari itu.
3. Perbarisan
hendaklah mengikut kelas masing-masing diketuai oleh Ketua Kelas dan Penolong
Ketua Kelas.
4. Semua
Pengawas Sekolah hendaklah berdiri di
belakang setiap barisan mengikut arahan guru disiplin.
5. Pehimpunan
akan dimulakan dengan bacaan doa , Bacaan
ikrar Rukunegara, nyanyian lagu
‘Negaraku’, nyanyian lagu Negeri Pahang ,laporan guru bertugas minggu lepas,
ucapan guru disiplin / tazkirah agama/ guru kauseling, ucapan pihak pentadbir
sekolah dan diakhiri dengan ikrar pelajar dan nyanyian lagu
sekolah.
6. Semua
murid mestilah senyap apabila guru-guru memberi ucapan atau pengumuman.
7. Semua
murid dan guru hendaklah berdiri tegak semasa menyanyikan lagu NegaraKu, lagu
Negeri Pahang dan Lagu Sekolah .
8. Semua
murid hendaklah berdiri di mana sahaja berada ketika lagu NegaraKu, Negeri
Pahang dan Lagu Sekolah dinyanyikan.
PAKAIAN SERAGAM MURID LELAKI
1. Seluar
panjang berwarna biru gelap.
2. Baju
putih lengan panjang atau pendek.
3. Semua
murid dikehendaki memakai kasut putih stokin putih atau kasut hitam stokin
hitam.
4. Semua
murid dikehendaki memakai lencana sekolah pada poket dan tanda nama di atas
poket.
PAKAIAN SERAGAM MURID PEREMPUAN
1. Baju
kurung warna putih dan kain warna biru gelap.
2. Murid
perempuan Islam digalakkan memakai tudung berwarna putih dan saiz tudung hendaklah
bersesuaian dengan pemakai.
3. Semua
murid dikehendaki memakai lencana dan tanda nama yang dilekatkan di bahagian
kiri tudung.
4. Memakai
kasut putih stokin putih atau kasut hitam stokin hitam.
5. Murid
dilarang mengenakan solekan semasa datang sekolah.
PAKAIAN SERAGAM PENGAWAS
1. Pengawas
Sekolah Lelaki :
1.1 Baju kemeja biru lengan panjang.
1.2 Seluar panjang biru gelap
1.3 Tali leher warna maroon
1.4 Memakai west berwarna biru gelap
1.5 Kasut dan stokin berwarna hitam.
2. Pengawas
Sekolah Perempuan :
1.1 Baju kurung biru muda.
1.2 Kain warna biru gelap.
1.3 Tudung warna biru muda.
1.4 Kasut dan stokin berwarna hitam.
PAKAIAN PENDIDIKAN JASMANI, SUKAN DAN PERMAINAN
1. Murid
dikehendaki memakai seluar panjang (track) berwarna hitam.
2. Memakai
baju t-shirt kokurikulum
3. Semua
murid dikehendaki berada di lokasi aktiviti bersama guru yang ditetapkan. Murid
tidak boleh berada di dalam bilik darjah ketika aktiviti luar bilik darjah berjalan.
KOKURIKULUM
1. Semua
murid Tahap 2 (Tahun 4, 5 dan 6) wajib menyertai kegiatan kokurikulum.
2. Semua
murid dikehendaki mengambil bahagian dalam aktiviti Unit Beruniform, Sukan / Permainan
dan Kelab / Persatuan.
3. Murid
wajib hadir setiap kali aktiviti kokurikulum dijalankan.
4. Sewaktu
menghadiri aktiviti Unit Beruniform, murid dikehendaki memakai baju seragam
Unit Beruniform masing-masing.
BUKU TEKS
1. Murid bertanggungjawab menjaga
keselamatan dan kebersihan buku teks masing-masing.
2. Murid dikehendaki menulis dan
menandatangani Borang Akujanji dan Borang G.
3.
Murid dikehendaki membalut buku
teks dengan plastik pembalut.
4. Murid sama sekali dilarang menconteng,
menggunting atau mengotorkan buku teks tersebut. Buku teks boleh dirampas jika
murid tidak akur arahan ini.
5. Jika berlaku kehilangan, murid
dikehendaki menggantikan dengan judul buka yang sama atau membayar harga buku
tersebut.
6. Murid dikehendaki memulangkan kembali
buku teks tesebut kepada pihak sekolah pada setiap hujung tahun.
7. Murid dilarang meninggalkan buku teks
di dalam kelas setelah waktu belajar tamat.
KANTIN
1. Murid dikehendaki berbaris dengan
teratur apabila hendak membeli makanan dan minuman.
2. Murid dikehendaki makan di meja yang
disediakan di kantin. Dilarang makan sambil berjalan dan di lokasi yang tidak
dibenarkan.
3. Kebersihan kantin hendaklah sentiasa
dijaga. Pinggan dan bekas minuman hendaklah diletakkan di dalam bekas yang
disediakan selepas selesai makan dan minum.
4. Pengusaha kantin dilarang menjual
makanan tidak berkhasiat seperti jeruk atau gula-gula.
5. Sebarang aduan yang berkaitan dengan
makanan, minuman dan persekitaran kantin hendaklah dibuat melalui Penyelaras
Kantin atau GPK Hal Ehwal Murid.
DISIPLIN
1. Murid lelaki dilarang berambut panjang.
2. Murid dilarang meninggal kelas semasa
waktu pdp tanpa kebenaran guru.
3. Murid dilarang masuk ke bilik-bilik
khas tanpa kebenaran guru.
4. Murid dilarang mengeluarkan kata-kata
tidak beradap kepada guru-guru, kaki tangan sekolah, pengusaha kantin, pekerja
pembersihan, pengawal keselamatan dan rakan-rakan.
5. Murid dikehendaki menghormati guru
dengan patuh kepada arahan guru dan sentiasa memberi salam ketika berjumpa
dengan guru.
6. Semua Pengawas Sekolah, Ketua Kelas dan
Penolong Ketua kelas hendaklah memainkan peranan menjadi mata dan telinga
guru-guru bagi memastikan semua murid mematuhi peraturan sekolah.
7. Pengawas Sekolah, Ketua Kelas dan
Penolong Ketua Kelas juga harus menunjukkan tingkahlaku terbaik agar dapat
diikuti oleh murid-murid yang lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan