Ahad, 13 April 2025

Majlis Persaraan Guru Besar

 

Majlis Prapersaraan Encik Mohd Fazli bin Abd Hamid, Guru Besar SK Wan Ibrahim pada 27 Mac 2025 iaitu hari sebelum beliau bersara. Majlis prapersaraan ini diadakan sekali dengan majlis khatam Al-Quran yang merupakan salah satu program dalam Ihya Ramadan.


Majlis Setulus Hati Selaut Kasih sempena persaraan Encik Mohd Fazli bin Abd Hamid, mantan Guru Besar SK Wan Ibrahim.

Glamourous Night anjuran Kelab Guru dan Staf SK Wan Ibrahim bagi meraikan persaraan Guru Besar. Majlis ini diadakan pada malam Rabu (9 April 2025).

Tayangan video clip sempena Majlis Persaraan Encik Mohd Fazli bin Abd Hamid, mantan Guru Besar SK Wan Ibrahim.

Selasa, 18 Mac 2025

Majlis Iftar SK Wan Ibrahim 1447H / 2025

 

Pada 17 Mac 2025 Kelab Guru dan Staf SKWI dengan kerjasama Panitia Pendidikan Agama Islam dan Panitia Bahasa Arab telah menganjurkan majlis berbuka puasa. Semua warga sekolah telah hadir bagi menyokong program yang dianjurkan setiap kali bulan Ramadan. Semoga penganjuran majlis ini dapat mengeratkan lagi hubungan sesama warga SK Wan Ibrahim.

Iftar Ramadhan anjuran PPKI SK Wan Ibrahim. Terima Puan Sazuna Ayu binti Mohamad Salleh, GPK Pendidikan Khas dan semua guru-guru dan PPM PPKI atas usaha yang diambil bagi mengadakan program iftar ini.



Khamis, 13 Mac 2025

Eksplorasi Pendidikan Khas PAKK IPGM TAA

 

Pada 12 Mac 2025 (Rabu) seramai 3 orang Pensyarah dan 45 orang Guru Pelatih Kursus Pendidikan Awal Kanak-Kanak IPGM Kampus Tengku Ampuan Afzan telah berkunjung ke SK Wan Ibrahim untuk Kerja Lapangan 'Eksplorasi Pendidikan Khas'. 3 orang pensyarah yang turut serta terdiri daripada Dr Nur Nazuha Beevi binti Abdul Aziz, En. Sufian bin Shah Ariffin dan Pn.Striastuty Fitridiana binti Ismail.
.
Puan Sazuna Ayu binti Mohamad Salleh, GPK Pendidikan Khas memberi taklimat perjalanan kelas PPKI di SK Wan Ibrahim. Taklimat beliau mencakupi latar belakang kelas, prosidur pengambilan murid, Rancangan Pengajaran Individu dan cabaran yang dihadapi.

Guru Pelatih melaksanakan program di dalam kelas PPKI.

Majlis penutup program diurus sendiri oleh Guru Pelatih yang terlibat di dalam program ini. Semoga program ini berjaya mencapai objektif yang disasarkan antaranya ialah memenuhi kehendak tugasan Pentaksiran Berterusan PAKK3403 Kanak-Kanak Berkeperluan Khas.

Encik Sufian bin Shah Ariffin, Pensyarah IPGM TAA menyerahkan Sijil Penghargaan kepada pihak sekolah atas kesudian menerima kehadiran Pensyarah dan Siswa Siswi IPGK Tengku Ampuan Afzan.

Isnin, 3 Mac 2025

Kejohanan Merentas Desa SK Wan Ibrahim 2025

 

Kejohanan Merentas Desa SK Wan Ibrahim 2025 telah diadakan pada 25 Februari 2025. 

Pengumuman SK Wan Ibrahim sebagai Johan Merentas Desa Peringkat Daerah Bawah 12 Tahun 2025.

Tahniah kepada Rizikin kerana berjaya menjadi JOHAN bagi acara merentas desa Lelaki Bawah 12 Tahun.

Jumaat, 14 Februari 2025

Program Akhir Sesi Persekolahan 2024 / 2025

 

Majlis Khatam Al-Quran 2024


Majlis Apresiasi SK Wan Ibrahim Sesi 2024 / 2025


Majlis Anugerah Kokurikulum dan Graduasi Tahun Enam 2024


Majlis Hi-Tea Tahun 6 Sesi Persekolahan 2024 / 2025 di Hotel Star Well Kuala Lipis.

Majlis Penyampaian Sijil Prasekolah 2024 / 2025

Khamis, 13 Februari 2025

Majlis Persaraan Ustazah Maznah binti Shafee

 

Selamat bersara Puan Maznah binti Shafee. Semoga kekal sihat dan bahagia di samping keluarga sepanjang mengharungi usia persaraan ini.

Majlis Makan Malam Kelab Guru dan Staf SK Wan Ibrahim serta meraikan persaraan Puan Maznah binti Shafee.