Ahad, 19 Februari 2023

Majlis Apresiasi Kecemerlangan 2022 / 2023

 
Pada 14 Februari 2023 (Selasa) telah diadakan Majlis Apresiasi Kecemerlangan SK Wan Ibrahim 2022/23 bagi murid-murid arus perdana. Manakala pada 15 Februari untuk murid prasekolah dan pada 16 Februari untuk murid-murid PPKI.

Tahniah kepada semua Ahli Jawatankuasa Kerja kerana dapat melaksanakan majlis ini dengan lancar dan teratur.

Tuan Guru Besar, Encik Mohd Fazli bin Abd Hamid merasmikan ketiga-tiga Majlis Apresiasi Kecemerlangan.

Persembahan menarik dari murid-murid PPKI.

Guru Besar menyampaikan sijil serta hadiah kepada murid-murid yang menunjukkan kecemerlangan dalam akademik.

Penyampaian sijil dan hadiah kepada murid-murid PPKI. Tahniah semua yang telah menerima hadiah. Kepada yang tidak berjaya, usaha lagi pada sesi akan datang.

Nukilan keseluruhan majlis.

Majlis Khatam Al-Quran 2022/2023

 
Pada 10 Februari 2023 telah diadakan Majlis Khatam Al-Quran bagi Sesi Persekolahan 2022 / 2023.

Setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab atas penganjuran Majlis Khatam Al-Quran bagi sesi persekolahan 2022/2023.

Semoga majlis ini memberi impak yang besar terhadap usaha memupuk minat membaca Al-Quran dalam kalangan murid-murid SKWI.

Rakaman perjalanan Majlis Khatam Al-Quran SK Wan Ibrahim 2022 / 2023.

Jamuan Akhir dan Persaraan Puan Noriah Mat Nata

 
Pada malam 12 Februari 2023 telah diadakan Majlis Makan Malam Kelab Staf 2022/2023 dan Persaraan Puan Noriah binti Mat Nata, mantan Ketua Pembantu Tadbir SK Wan Ibrahim.

Setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Encik Mohd Adha bin Jusoh, Pengerusi Kelab Guru dan Staf SK Wan Ibrahim dan semua Ahli Jawatankuasa atas usaha bersungguh-sungguh menjayakan Jamuan Makan Malam dan Persaraan Puan Noriah binti Mat Nata. Semoga legasi kecemerlangan ini akan diteruskan oleh Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa baru bagi penggal seterusnya nanti.

Dikesempatan ini juga, saya ingin mengambil peluang mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru dan staf AKP SKWI atas komitmen tinggi yang ditunjukkan sepanjang sesi persekolahan 2022/2023. Alhamdulillah, banyak kejayaan telah kita capai sama ada oleh guru dan murid-murid. Semoga sesi akan datang menjanjikan yang terbaik untuk kita semua.

Warna warni sepanjang program

Selasa, 7 Februari 2023

Majlis Persaraan Puan Noriah binti Mat Nata

 
Selamat hari lahir dan selamat bersara Puan Noriah binti Mat Nata, Ketua Pembantu Tadbir SK Wan Ibrahim.


Majlis persaraan Puan Noriah telah diadakan pada 6 Februari 2023 pada usia beliau genap 58 tahun. Beliau memulakan tugas sebagai kaitangan awam pada tahun 1992 di Jabatan Pendidikan Negeri Pahang. Beliau memulakan tugas di SK Wan Ibrahim sebagai Ketua Pembantu Tabir pada 1 Mei 2019. Selepas 3 tahun 9 bulan berkhidmat di sekolah ini, beliau akan bersara wajib pada 2 Februari 2023.

Setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Puan Noriah binti Mat Nata atas khidmat bakti yang telah dicurahkan di SK Wan Ibrahim.

Semoga kekal sihat sepanjang menjalani usia persaraan.

Terima kasih kepada AJK Kelab Staf SK Wan Ibrahim atas persediaan hebat bagi meraikan persaraan Puan Noriah binti Mat Nata.

Hi Tea Tahun Enam 2022/2023

 

Bertempat di Star Well Hotel, Kuala Lipis pada 2 Februari yang lalu telah diadakan majlis Hi Tea Tahun 6 sesi 2022/2023.

Majlis ini diadakan bagi meraikan murid-murid Tahun 6 yang akan meninggalkan SK Wan Ibrahim untuk melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah pula.

Semoga murid-murid Tahun 6 SK Wan Ibrahim dapat menunjukkan prestasi yang cemerlang ketika belajar di sekolah menengah nanti. Sentiasa ingat kepada jasa guru-guru yang mengajar mereka di sekolah rendah.

Terima kasih kepada semua guru dan murid yang dapat hadir memeriahkan majlis Hi Tea ini.

Semoga majlis Hi Tea ini menjadi kenangan terindah buat guru-guru dan murid-murid Tahun 6 SK Wan Ibrahim.

Rabu, 1 Februari 2023

Program Menangani Alkohol, Inhalan, Rokok dan Vape (MAIRoV) 2023

 

SK Wan Ibrahim telah terpilih sebagai lokasi pelaksanaan Program Menangani Alkohol, Inhalan, Rokok dan Vape (MAIRoV) 2023 bagi daerah Lipis. Program ini telah diadakan pada 30 Januari 2023 di Bilik Mesyuarat SKWI.

Terima kasih kepada En. Nik Mohd Akmal bin Nik Arok (AADK Lipis) dan En. Saifuddin bin Othman (PUSPEN Lipis) atas kerjasama menjayakan program ini,

Terima kasih En. Razali bin Mohamad, Penolong Pengarah Hal Ehwal Murid (PPDa) Jabatan Pendidikan Pahang, En. Hazimi bin Hamidon (Penolong PPD Lipis) dan En. Radzey Zaidi bin Zainuddin (Penolong PPD Lipis) kerana sudi hadir mengikuti perjalanan program ini.