Khamis, 28 Disember 2023

Kempen Gaya Hidup Sihat 2023

 

Majlis Pelancaran Kempen Hidup Sihat Cegah Rokok dan Vape peringkat sekolah 2023. Program ini dilaksanakan serentak di seluruh negara.

Terima kepada SI Rosli Ibrahim, Pegawai Perhubungan Sekolah kerana sudi hadir menyertai kempen ini.

Semoga kempen ini memberi impak besar kepada murid-murid.

Terima kasih juga kepada Pegawai-Pegawai dari Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Cawangan Lipis kerana turut mengambil bahagian dalam kempen ini.

Selasa, 28 November 2023

Koleksi Video Acara-Acara Sekolah 2023

 

27 hingga 30 November 2023 - Korobori Pengakap Pahang Kali Ke-10 di Kem PLKN Arena Resort Tanjung Batu Temerloh.

25 November 2023 - Kelab Robotik SK Wan Ibrahim di bawah bimbingan Encik Lukman Hakim bin Abdullah (GPK Pentadbiran SK Clifford) mengadakan pameran di Karnival HIP (Highly Immersive Programme) dan STEM SK Penjom 2023.

18 November 2023 - Pahang Train Expedition 2023

13 November 2023 - Kejohanan Sukan Tahunan SK Wan Ibrahim 2023

29 Oktober 2023 - Majlis Persaraan Cikgu Zauyah binti Aziz

18 dan 19 Oktober 2023 - Karnival Unit Beruniform SK Wan Ibrahim 2023

16 Oktober 2023 - Hari Sukan Negara 2023

11 Oktober 2023 - Program Berselawat Sempena Sambutan Maulidur Rasul 2023

9 Oktober 2023 - Karnival STEM SK Wan Ibrahim 2023

4 Oktober 2023 - Majlis Perpisahan Guru-Guru Bertukar

30 September 2023 - Sambutan Maulidur Rasul 2023

17 September 2023 - Penutup Sambutan Bulan Kemerdekaan 2023

9 September 2023 - Gotong-Royong Madani

26 Jun 2023 - Mesyuarat Agung PIBG 2023

27 Mei 2023 - Majlis Persaraan Puan Tiziraha bin Ibrahim

Selasa, 16 Mei 2023

Penutup Program Ihya Ramadan 2023

 

Program Penutup Ihya Ramadan SK Wan Ibrahim diadakan pada 12 April 2023 bersamaan 21 Ramadan 1444 Hijrah.

Encik Mohd Fazli bin Abd Hamid, Guru Besar SK Wan Ibrahim menyampaikan ucapan sempena Majlis Penutup Program Ihya Ramadan 2023.

Ustaz Johari bin Mamat, Ketua Panitia Pendidikan Islam selaku Khalifah 1 Majlis Khatam Al-Quran 2023 memulakan majlis.

Ustaz Razali bin Ishak, Ketua Panitia Bahasa Arab selaku Khalifah 2 mengendalikan Majlis Khatam Al-Quran SK Wan Ibrahim 2023.

Semua murid terlibat dalam program ini.

Guru Besar menyampaikan wang zakat kepada murid-murid yang layak.

Pentadbirdan guru-guru SK Wan Ibrahim mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua murid dan ibu bapa. Semoga hari raya tahun ini dapat disambut dengan meriah bersama keluarga.

Isnin, 27 Mac 2023

Pembukaan Sekolah Sesi 2023/2024

Selamat kembali ke sekolah murid-murid SK Wan Ibrahim

Terima kasih Tuan SI Rosli bin Ibrahim, Pegawai Perhubungan Sekolah atas kesudian hadir bagi melaksanakan Program 1st Day At School.

Terima kasih Encik Zamri bin Ismail, Penolong Pengarah Sektor Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Negeri Pahang kerana sudi bertamu ke SK Wan Ibrahim bagi melihat perjalanan minggu pertama buka sekolah bagi sesi persekolahan 2023/2024.

Murid-murid berhimpun di dewan sekolah bagi melaksanakan Program Minggu Pertama Pembukaan Sekolah Sesi 2023/2024.

Coretan sepintas Pembukaan Sekolah.

Sabtu, 11 Mac 2023

Persediaan Buka Sekolah Sesi 2023/2024

 Assalammualaikum dan salam sejahtera, Sesi Persekolahan 2023/2024 bagi negeri Pahang akan bermula pada 20 Mac 2023 (Isnin). Cuti sekolah masih berbaki seminggu lagi. Oleh itu, pastinya baki cuti ini akan digunakan oleh ibu bapa dan penjaga untuk membuat persiapan persekolahan anak-anak. Di bawah ini, dilampirkan beberapa info penting untuk tindakan ibu bapa dan penjaga menjelang pembukaan sekolah. Diharapkan ibu bapa dan penjaga dapat memberi kerjasama terbaik agar proses pembukaan sekolah ini dapat berjalan lancar.

Poster jualan buku tulis dan keperluan sekolah.

Pendaftaran Tahun 1

Group Whatsaap Tahun 1


Ahad, 19 Februari 2023

Majlis Apresiasi Kecemerlangan 2022 / 2023

 
Pada 14 Februari 2023 (Selasa) telah diadakan Majlis Apresiasi Kecemerlangan SK Wan Ibrahim 2022/23 bagi murid-murid arus perdana. Manakala pada 15 Februari untuk murid prasekolah dan pada 16 Februari untuk murid-murid PPKI.

Tahniah kepada semua Ahli Jawatankuasa Kerja kerana dapat melaksanakan majlis ini dengan lancar dan teratur.

Tuan Guru Besar, Encik Mohd Fazli bin Abd Hamid merasmikan ketiga-tiga Majlis Apresiasi Kecemerlangan.

Persembahan menarik dari murid-murid PPKI.

Guru Besar menyampaikan sijil serta hadiah kepada murid-murid yang menunjukkan kecemerlangan dalam akademik.

Penyampaian sijil dan hadiah kepada murid-murid PPKI. Tahniah semua yang telah menerima hadiah. Kepada yang tidak berjaya, usaha lagi pada sesi akan datang.

Nukilan keseluruhan majlis.

Majlis Khatam Al-Quran 2022/2023

 
Pada 10 Februari 2023 telah diadakan Majlis Khatam Al-Quran bagi Sesi Persekolahan 2022 / 2023.

Setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab atas penganjuran Majlis Khatam Al-Quran bagi sesi persekolahan 2022/2023.

Semoga majlis ini memberi impak yang besar terhadap usaha memupuk minat membaca Al-Quran dalam kalangan murid-murid SKWI.

Rakaman perjalanan Majlis Khatam Al-Quran SK Wan Ibrahim 2022 / 2023.

Jamuan Akhir dan Persaraan Puan Noriah Mat Nata

 
Pada malam 12 Februari 2023 telah diadakan Majlis Makan Malam Kelab Staf 2022/2023 dan Persaraan Puan Noriah binti Mat Nata, mantan Ketua Pembantu Tadbir SK Wan Ibrahim.

Setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Encik Mohd Adha bin Jusoh, Pengerusi Kelab Guru dan Staf SK Wan Ibrahim dan semua Ahli Jawatankuasa atas usaha bersungguh-sungguh menjayakan Jamuan Makan Malam dan Persaraan Puan Noriah binti Mat Nata. Semoga legasi kecemerlangan ini akan diteruskan oleh Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa baru bagi penggal seterusnya nanti.

Dikesempatan ini juga, saya ingin mengambil peluang mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru dan staf AKP SKWI atas komitmen tinggi yang ditunjukkan sepanjang sesi persekolahan 2022/2023. Alhamdulillah, banyak kejayaan telah kita capai sama ada oleh guru dan murid-murid. Semoga sesi akan datang menjanjikan yang terbaik untuk kita semua.

Warna warni sepanjang program

Selasa, 7 Februari 2023

Majlis Persaraan Puan Noriah binti Mat Nata

 
Selamat hari lahir dan selamat bersara Puan Noriah binti Mat Nata, Ketua Pembantu Tadbir SK Wan Ibrahim.


Majlis persaraan Puan Noriah telah diadakan pada 6 Februari 2023 pada usia beliau genap 58 tahun. Beliau memulakan tugas sebagai kaitangan awam pada tahun 1992 di Jabatan Pendidikan Negeri Pahang. Beliau memulakan tugas di SK Wan Ibrahim sebagai Ketua Pembantu Tabir pada 1 Mei 2019. Selepas 3 tahun 9 bulan berkhidmat di sekolah ini, beliau akan bersara wajib pada 2 Februari 2023.

Setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Puan Noriah binti Mat Nata atas khidmat bakti yang telah dicurahkan di SK Wan Ibrahim.

Semoga kekal sihat sepanjang menjalani usia persaraan.

Terima kasih kepada AJK Kelab Staf SK Wan Ibrahim atas persediaan hebat bagi meraikan persaraan Puan Noriah binti Mat Nata.

Hi Tea Tahun Enam 2022/2023

 

Bertempat di Star Well Hotel, Kuala Lipis pada 2 Februari yang lalu telah diadakan majlis Hi Tea Tahun 6 sesi 2022/2023.

Majlis ini diadakan bagi meraikan murid-murid Tahun 6 yang akan meninggalkan SK Wan Ibrahim untuk melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah pula.

Semoga murid-murid Tahun 6 SK Wan Ibrahim dapat menunjukkan prestasi yang cemerlang ketika belajar di sekolah menengah nanti. Sentiasa ingat kepada jasa guru-guru yang mengajar mereka di sekolah rendah.

Terima kasih kepada semua guru dan murid yang dapat hadir memeriahkan majlis Hi Tea ini.

Semoga majlis Hi Tea ini menjadi kenangan terindah buat guru-guru dan murid-murid Tahun 6 SK Wan Ibrahim.

Rabu, 1 Februari 2023

Program Menangani Alkohol, Inhalan, Rokok dan Vape (MAIRoV) 2023

 

SK Wan Ibrahim telah terpilih sebagai lokasi pelaksanaan Program Menangani Alkohol, Inhalan, Rokok dan Vape (MAIRoV) 2023 bagi daerah Lipis. Program ini telah diadakan pada 30 Januari 2023 di Bilik Mesyuarat SKWI.

Terima kasih kepada En. Nik Mohd Akmal bin Nik Arok (AADK Lipis) dan En. Saifuddin bin Othman (PUSPEN Lipis) atas kerjasama menjayakan program ini,

Terima kasih En. Razali bin Mohamad, Penolong Pengarah Hal Ehwal Murid (PPDa) Jabatan Pendidikan Pahang, En. Hazimi bin Hamidon (Penolong PPD Lipis) dan En. Radzey Zaidi bin Zainuddin (Penolong PPD Lipis) kerana sudi hadir mengikuti perjalanan program ini.

Rabu, 18 Januari 2023

Penyerahan Wang BAP 2023/24

 

Pada 17 Januari 2023, pihak sekolah telah membuat penyerahan wang Bantuan Awal Persekolahan (BAP) kepada semua ibu bapa dan penjaga murid-murid SK Wan Ibrahim.

Seramai 680 orang murid-murid Tahun 1 hingga Tahun 6 menerima wang bantuan ini.

Semoga wang bantuan ini dapat dimanfaat sebaiknya oleh ibu bapa dan penjaga untuk membuat persediaan persekolahan anak.

Terima kasih kepada semua ibu bapa dan penjaga kerana dapat memberi kerjasama terbaik bagi memastikan proses penyerahan wang bantuan ini berjalan lancar.