Selasa, 29 November 2022

Sukan Tahunan SK Wan Ibrahim Kali Ke-84

Pada 24 November 2022 (Khamis) telah berlangsung Sukan Tahunan SK Wan Ibrahim Kai Ke-84. Aturcara perasmian telah disempurnakan oleh Dr. Ahmad Zunawanis bin Hashim, Yang Dipertua PIBG SKWI. Sebanyak 35 acara telah dipertandingkan untuk sukan kali ini.Meliputi acara padang, balapan dan sukaneka.Sebelum acara kemuncak yang diadakan pada hari ini, telah diadakan acara sukantara bagi memberi peluang kepada semua murid terlibat. Tahniah kepada rumah HIJAU kerana berjaya menjadi JUARA Sukan Tahunan kali ini.

Tuan Guru Besar, Encik Mohd Fazli bin Abd Hamid sedang menyampaikan ucapan alu-aluan.

Dr. Ahmad Zunawanis bin Hashim, YDP PIBG SK Wan Ibrahim sedang menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Sukan Tahunan SK Wan Ibrahim Kali Ke-84.

Gimik pelancaran

Persembahan tarian sempena Majlis Perasmian Sukan Tahunan SKWI.

Cikgu Lukman Hakim bin Abdullah, GPK Kokurikulum sedang melepaskan acara 50 meter murid-murid prasekolah.

Murid-murid mengambil bahagian dengan penuh semangat bagi memberi kemenangan kepada rumah sukan masing-masing.

Tuan YDP PIBG menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Tuan Guru Besar menyampaikan cenderamata kenang-kenangan kepada Tuan YDP PIBG atas kesudian hadir merasmikan Sukan Tahunan SKWI 2022.

Gimik Perasmian Sukan Tahunan SK Wan Ibrahim.

Sepintas Sukan Tahunan SKWI 2022

Jutaan terima kasih kepada Dr. Ahmad Zunawanis bin Hashim, YDP PIBG SKWI, AJK PIBG, guru-guru, staf sokongan, ibu bapa dan murid-murid yang telah menjayakan Sukan Tahunan SKWI Kali Ke-84 ini. Semoga kita berjaya mencungkil bakat-bakat baru dalam acara sukan bai mendepani cabaran pada tahun hadapan.

Isnin, 7 November 2022

Laman Minda Sihat II

 
3 November 2022 menerima kunjungan Encik Nazarul Hazwan, Pegawai dari Unit Kaunseling JPN Pahang untuk melihat perkembangan Laman Minda Sihat SK Wan Ibrahim.
Gambar dari kiri : En. Lukman Hakim (GPK Kokurikulum), En. Nazarul Hazwan, Cik Fatimahaini Azmi (GPK HEM) dan Pn. Nur Hakimah (Kaunselor Sekolah).

Tujuan kehadiran beliau ialah untuk memberi khidmat bantu agar matlamat mewujudkan Laman Minda Sihat ini mencapai objektif yang ditetapkan.

Cikgu-cikgu bergotong royong mengikut kumpulan masing-masing bagi menyiapkan tugasan yang telah ditetapkan.

Murid-murid juga turut mengambil bahagian menyiapkan Laman Minda Sihat ini.

Terima kasih Encik Nazarul Hazwan atas kunjungan dan pandangan yang diberi.

Penataran SKPM Kualiti@Sekolah

 
Encik Mohd Fazli bin Abd Hamid, Guru Besar SK Wan Ibrahim telah memberi taklimat berkaitan Model Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Kualiti@Sekolah (SKPM Kualiti@Sekolah) dan Sistem Pengurusan IDentiti (idMe) kepada guru-guru pada 7 November 2022 yang lalu. SKPM Kualiti@Sekolah ini akan menggantikan versi lama iaitu SKPMg2.

Secara menyeluruhnya model SKPM Kualiti@Sekolah akan terbahagi kepada 3 bidang pelaporan iaitu Kegiatan Kami, Pengurusan Kami dan Pencapaian Kami. Data yang diperolehi daripada pelaporan ini akan diguna pakai oleh pihak Nazir untuk mengkategorikan prestasi sekolah sama ada berada pada tahap cemerlang, baik, sederhana atau perlu tindakan segera.

Model lama iaitu SKPMg2 hanya melaporkan satu bidang sahaja iaitu Pengurusan Kami (Standard 1, Standard 2, Standard 3, Standard 4 dan Standard 5)

Pelaporan yang telus, tepat dan lengkap sudah tentu dapat memberi gambaran sebenar prestasi sekolah.

Selasa, 1 November 2022

Laman Minda Sihat

 
Guru-guru SKWI bergotong-royong bagi menyiapkan Laman Minda Sihat (LMS). SKWI terpilih sebagai pengelola Program LMS ini sebagai salah satu intervensi bagi mempromosi kesihatan psikososial dan kesejahteraan mental dalam kalangan murid-murid.

Walaupun masih dipermulaan, namun dengan semangat dan komitmen yang ditunjukkan oleh guru-guru, insyaa Allah program ini akan berjaya direalisasikan.

Guru-guru bekerjasama dalam kumpulan masing-masing bagi menyiapkan tugasan yang telah ditetapkan.

Setinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua guru terutama Puan Nur Hakimah binti Abdul Hamid selaku penyelaras projek. Semoga projek Laman Minda Sihat ini memberi impak positif kepada murid-murid.

Majlis Penutup Karnival STEM 2022

 
Pada 31 Oktober 2022 telah berlangsung Majlis Perasmian Penutup Karnival STEM SKWI 2022. Terima kasih kepada Jawatankuasa Karnival STEM, Kelab Robotik SK Wan Ibrahim dan semua yang terlibat menjayakan karnival ini. Semoga program-program yang diadakan sepanjang karnival ini mencapai objektif yang diharapkan.

En. Mohd Fazli bin Abd Hamid, Guru Besar SK Wan Ibrahim sedang menyampaikan hadiah kepada murid-murid yang memenangi acara-acara yang diadakan sepanjang karnival ini.

Antara acara-acara yang dipertandingkan sempena Karnival STEM 2022 ialah :
Pertandingan Kolaj Haiwan (Prasekolah)
Pertandingan Mewarna Sains (PPKI)
Pertandingan Poster Hidupan Laut (Tahun1)
Pertandingan Membuat Kitaran Hidup Haiwan (Tahun 2)
Pertandingan Membuat Replika Gigi (Tahun 3)
Pertandingan Payung Terjun (Tahun 4)
Pertandingan Terrarium Mini (Tahun 5)
Pertandingan My Science Note Book (Tahun 6)
Pertandingan Roket Air Secara Berkumpulan (Tahun 6)
Pertandingan Robotik Berkumpulan (Terbuka)
Pertandingan Fotografi Flora dan Fauna Kawasan Sekolah (Guru)

Brosur Karnival STEM SK Wan Ibrahim 2022

Rangkuman gambar-gambar ketika Majlis Penutupan Karnival STEM 2022.

Karnival STEM SK Wan Ibrahim 2022

 
Hari ini (27 Oktober 2022) telah diadakan Pameran Sains dan Robotik sempena Karnival STEM SK Wan Ibrahim 2022. Teruja murid-murid ingin mencuba experiment yang disediakan. Pembelajaran secara hands-on experience begini sangat digemari murid-murid.

Pameran robotik turut menarik minat murid-murid. Robotik merupakan kebitaraan sekolah ini.

Murid-murid sedang mencuba binocular dan mikroskop.


Terima kasih Panitia Sains dan Kelab Robotik SKWI atas inisiatif mengadakan pameran ini.