Jumaat, 16 September 2022

Penutup Bulan Kemerdekaan

Pada 15 September 2022 yang lalu telah berlangsung Majlis Penutup Sambutan Bulan Kemerdekaan Ke-65 Tahun 2022 SK Wan Ibrahim. Setinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua Ahli Jawatankuasa Pengelola yang bertungkus lumus menjayakan program-program yang telah disusun sepanjang Bulan Kemerdekaan ini. Semoga mencapai matlamat yang telah digariskan iaitu antaranya generasi muda ini menghargai susah payah pejuang-pejuang negara menuntut kemerdekaan dari Inggeris dan dapat mengembang kebolehan murid-murid menerusi pertandingan-pertandingan yang diadakan.


Guru Besar, En. Mohd Fazli bin Abd Hamid sedang menyampaikan ucapan perasmian penutup.

Sambutan untuk Pertandingan Pakaian Merdeka sungguh menggalakkan terutama dari murid Tahap 1.

Guru Besar sedang menyampaikan hadiah kepada murid yang memenangi Pertandingan Pakaian Merdeka.

Cikgu Zarini binti Yahya menjadi Johan Pertandingan Pakaian Tradisional dalam kategori guru.

Secebis kenangan Majlis Penutupan Sambutan Bulan Kemerdekaan.

Rabu, 14 September 2022

Karnival STEM SK Benta

Kelab Robotik SK Wan Ibrahim menyertai Karnival STEM (Science, Technology, Engeneering & Mathematic) Sekolah Kebangsaan Benta. Terima kasih kepada Guru Besar SK Benta, Puan Siti Aishah binti Omar kerana menjemput Kelab Robotik menyertai karnival ini. Karnival STEM SK Benta ini dirasmikan oleh En. Amin Nollah bin Lateh, Pegawai Pendidikan Daerah Lipis.

En. Amin Nollah bin Lateh, Pegawai Pendidikan Daerah Lipis berkunjung ke booth Robotik SK Wan Ibrahim.

Guru Besar SK Wan Ibrahim bergambar bersama Tuan PPD Lipis.

Guru Besar SK Wan Ibrahim, En. Mohd Fazli bin Abd Hamid hadir memberi motivasi kepada team Robotik SKWI.

Semoga penyertaan dalam karnival ini memberi pengetahuan dan kemahiran terbaik buat ahli-ahli Kelab Robotik SKWI.


Jumaat, 2 September 2022

Sambutan Hari Merdeka 2022 Lipis

Selepas dua tahun Sambutan Hari Kemerdekaan tidak disambut secara besar-besaran, maka pada tahun ini sambutan peringkat Daerah Lipis telah diadakan di Dataran Orang Kaya Haji. Selain perbarisan jabatan-jabatan kerajaan, beberapa pertandingan telah diadakan sempena sambutan ini. Antara pertandingan yang diadakan ialah Pertandingan Keceriaan dan Keindahan Sekolah Sempena Sambutan Hari Merdeka 2022. Pada tahun ini, SK Wan Ibrahim telah berjaya mendapat tempat ketiga dengan hadiah wang tunai RM500.

Tuan Guru Besar naik ke pentas menerima hadiah daripada Yang Berbahagia Dato' Pegawai Daerah Lipis.

Kelab Seni Budaya SKWI juga turut mengambil bahagian mempersembahkan tarian tradisional.

Persembahan tarian oleh murid-murid SK Wan Ibrahim sempena Sambutan Merdeka Peringkat Daerah Lipis.

Guru-guru bergambar dihadapan Jalur Gemilang gergasi yang dibuat dengan sarang telur yang diwarna. Projek ini melibatkan guru-guru dan murid-murid.

Pertandingan Tarian Warisan Pahang Prasekolah

Pada 29 Ogos 2022 telah berlangsung Pertandingan Tarian Warisan Budaya Pahang sempena Fiesta Prasekolah Lipis 2022. Sebanyak 8 pasukan telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Tahniah kepada pasukan yang berjaya iaitu SK Wan Ibrahim (Johan), SK Chegar Perah (Naib Johan) dan SK Felda Sungai Koyan (Ketiga). Penghargaan kepada guru-guru yang bertanggungjawab mengurus dan melatih murid-murid ini. Pasukan yang menjadi Johan akan mewakili daerah Lipis ke Fiesta Prasekolah Pahang 2022.

Johan Pertandingan Tarian Warisan Budaya Pahang Prasekolah Lipis 2022 disandang oleh pasukan prasekolah SK Wan Ibrahim.

Naib Johan disandang oleh pasukan prasekolah SK Chegar Perah.

Manakala tempat Ketiga dimenangi oleh pasukan prasekolah SK Felda Sungai Koyan.

Persembahan tarian oleh murid-murid prasekolah SK Wan Ibrahim.