Isnin, 29 Ogos 2022

Pameran Hari Terbuka PPD Lipis 2022

 

Pada 27 dan 28 Ogos 2022 yang lalu, Kelab Robotik SKWI telah mengambil bahagian mengadakan pameran di Hari Terbuka PPD Lipis 2022.

Pameran ini memberi peluang kepada guru-guru dan murid-murid menunjukkan kebolehan membina dan memprogramkan robot-robot yang dipamerkan. 

Melalui pameran ini juga turut ditunjukkan kejayaan-kejayaan yang telah dicapai oleh Kelab Robotik SKWI di peringkat negeri dan kebangsaan.

Encik Yusof bin Kassim, Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pembangunan Murid JPN Pahang turut berwisata ke booth Kelab Robotik SKWI. Turut hadir bersama beliau ialah Encik Amin Nollah bin Lateh, Pegawai Pendidikan Daerah Lipis.

Rabu, 24 Ogos 2022

Dialog Prestasi PBD Fasa 1 / 2022

 


Dialog Prestasi Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Fasa 1/2022 bersama Ketua-Ketua Panitia telah diadakan pada 23 Ogos yang lalu. Dialog prestasi ini melibatkan semua GPK dan ketua-ketua panitia.


Selain meneliti prestasi murid-murid dalam PBD Fasa 1, intervensi guru turut diperhalusi agar mampu mengeluarkan murid-murid dari TP1 dan TP2.


Semoga menerusi dialog prestasi ini, masalah pembelajaran murid dapat diatasi segera oleh guru-guru.

Pelancaran Program NILAM 2022

 

Pelancaran Program Nilam (Nadi Ilmu Amalan Membaca) peringkat sekolah bagi tahun 2022 telah diadakan pada 22 Ogos yang lalu. Program dilancarkan oleh En. Mohd Fazli bin Abd Hamid, Guru Besar SK Wan Ibrahim.


Terima kasih kepada Puan Zarini Yahya, Penyelaras PSS Perba Jelai dan semua guru serta murid yang terlibat menjayakan majlis pelancaran ini.


Semoga objektif program untuk menjadikan amalan membaca ini sebagai tabiat murid-murid akan tercapai. Diharapkan seluruh warga SKWI menyokong program ini.

Antara kejayaan-kejayaan terkini SKWI ialah pada tahun lepas Aisy Fahim berjaya mendapat tempat keenam Tokoh e-Nilam peringkat negeri Pahang kategori pendidikan khas dan pada tahun 2020, Nur Iman berjaya menjadi Naib Johan Tokoh Nilam Bahasa Melayu peringkat Daerah Lipis.

Khamis, 18 Ogos 2022

Majlis Pelancaran Program Sekolahku Sejahtera : Sepakat dan Selamat

 Majlis Pelancaran Program Sekolahku Sejahtera : Sepakat dan Selamat. Program ini dahulunya dikenali sebagai Majlis Permuafakatan KPM dan PDRM : Jom Ke Sekolah dan kini telah dijenamakan semula sejajr dengan konsep Sekolahku Sejahtera.

Terima kasih SI Rosli bin Ibrahim, Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) kerana dapat bersama-sama dengan warga sekolah menyaksikan majlis pelancaran ini.

Pemimpin Rakan Sebaya (PRS) dipilih sebagai wakil murid untuk mengikuti Majlis Pelancaran Sekolahku Sejahtera ini. Semoga mereka dapat memainkan peranan menghebahkan dalam kalangan murid-murid lain berkaitan hasrat KDN dan KPM yang disampaikan menerusi ucapan YB Dato' Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Kementerian Dalam Negeri dan Dr. Radzi bin Jidin, Menteri Kanan Pendidikan.

Semoga fokus KPM dan KDN untuk mengekang kes buli dan penyalahgunaan dadah dalam kalangan murid-murid dapat dicapai.

Ahad, 14 Ogos 2022

Sambutan Ma'al Hijrah 2022 / 1444H

Sambutan Ma'al Hijrah 1444H peringkat sekolah anjuran Panitia Pendidikan Agama Islam & Bahasa Arab. Terima kasih Ustaz Muhamad Shuhaib bin Baharum atas kesudian menyampaikan ceramah sebagai salah satu pengisian sambutan.


Ma'al Hijrah adalah antara peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam. Peristiwa ini disambut setiap tahun apabila tiba bulan Muharram dengan pelbagai program bagi mengingati semula peristiwa agung ini di samping mengambil pengajaran daripadanya.


Objektif utama sambutan Ma'al Hijrah ini ialah untuk mendedahkan pada murid-murid peristiwa yang membawa kepada penghijrahan Nabi Muhammad SAW dan umat Islam dari kota Mekah ke Kota Madinah. Selain itu, sambutan ini juga memberi peluang kepada murid-murid mengenang kembali peristiwa hijrah di zaman Rasulullah.

Tahniah dan Terima Kasih

Tahniah atas kejayaan yang dicapai. Terima kasih kerana mengharumkan nama sekolah.

Cikgu Ahmad Azri bin Khaled menerima Manikayu Dua Butir dan Sijil Manikayu Pengakap Kanak-Kanak.

Pasukan Bicara Berirama mendapat Tempat Kedua dan Konduktor
Terbaik
Pertandingan Bicara Berirama Sekolah Rendah Peringkat Negeri Pahang 2022.

Adik Nur Azwar Amni binti Hamzan menjadi Naib Johan Pertandingan eMahabbah acara Tarannum Pendidikan Khas Peringkat Negeri Pahang 2022.

Puteri Islam berjaya menjadi Johan kategori Penulisan Buku Log sempena Karnival Pergerakan Puteri Islam Malaysia peringkat daerah Lipis.
Setinggi penghargaan kepada semua guru yang terlibat merealisasikan kejayaan ini. Semoga kita mampu mencipta kejayaan yang lebih baik lagi pada masa hadapan

Sambutan Bulan Kemerdekaan Kali Ke-65


Sambutan Bulan Kemerdekaan Kali Ke-65 Peringkat SK Wan Ibrahim 2022. Program bermatlamat untuk menanamkan semangat patriotisme serta memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan murid-murid bagi melahirkan warga negara yang cintakan negara.

Antara program yang akan diadakan sepanjang sebulan ini ialah pertandingan nyanyian lagi patriotik, pertandingan mendiklamasi sajak, pertandingan mewarna, pertandingan pakaian anak merdeka, pertandingan pakaian tradisional dan pertandingan buku Akordian.

Semoga program-program yang dirancang ini akan berjalan dengan lancar serta mencapai matlamat yang diharapkan

Ahad, 7 Ogos 2022

Praktikum PISMP Ambilan Jun 2020

 Seramai 5 orang pelajar IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan Kuala Lipis Ambilan Jun 2020 akan melaksanakan praktikum di SK Wan Ibrahim selama 12 bulan mulai 8 Ogos hingga 4 November 2022. 10 orang guru telah dilantik sebagai Guru Pembimbing bagi membantu pelajar-pelajar ini melaksanakan praktikum mereka.

5 orang pelajar IPGKTAA yang akan melaksanakan praktikum di SK Wan Ibrahim selama 12 bulan mulai 8 Ogos hingga 4 November 2022.

Guru Besar SK Wan Ibrahim, En. Mohd Fazli bin Abd Hamid sedang menyampaikan taklimat kepada pelajar-pelajar IPGKTAA yang akan melaksanakan praktikum di sekolah ini.

Taklimat ini menyentuh berkaitan peranan guru pembimbing, peranan pelajar dan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh pelajar sepanjang melaksanakan praktikum di sekolah ini.

Bengkel Pembudayaan Learning Walk

Terima kasih kepada Pn. Marziah binti Ali, Guru Besar SK Tempoyang merangkap Pengerusi Panitia Bahasa Melayu Daerah dan Pn. Salasiah binti Sabran, Pegawai SISC+ Pejabat Pendidikan Daerah Lipis atas pemilihan SK Wan Ibrahim sebagai lokasi untuk mengadakan Bengkel Pembudayaan Learning Walk. Bengkel ini melibatkan 56 orang peserta yang terdiri daripada Ketua Panitia Bahasa Melayu sekolah-sekolah rendah daerah Lipis.

Setinggi penghargaan kepada En. Norhyisyamudin bin Kamil, Dr. Rosini binti Kamaludin, Dr. Nor Asiah binti Ismail dan Dr. Roselita binti Ali @ Yusof dari IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan Kuala Lipis atas kesudian berkongsi ilmu dan kemahiran. Semoga bengkel ini memberi impak besar pada guru-guru yang terlibat dalam memperkasakan lagi pdp mereka.

Bengkel Pembudayaan Learning Walk ini merupakan salah satu program persefahaman yang diwujudkan antara SK Wan Ibrahim, SK Tempoyang dan IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan.

Menandatangani Sijil Perjanjian Persefahaman bagi kerjasama antara SK Wan Ibrahim, SK Tempoyang dan IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan.

Puan Salasiah binti Sabran, Pegawai SISC+ PPD Lipis menyerangkan Sijil Perjanjian Persefahaman kepada Guru Besar SK Wan Ibrahim.

Seramai 56 orang Ketua Panitia Bahasa Melayu sekolah-sekolah rendah daerah Lipis terlibat dalam bengkel ini.