Khamis, 9 Jun 2022

Kejohanan Merentas Desa SK Wan Ibrahim 2022

 

Pada 25 Mei 2022 telah berlangsung Kejohanan Merentas Desa SK Wan Ibrahim 2022. Kejohanan ini bertujuan untuk mencari peserta yang berpotensi untuk mewakili sekolah dalam kejohanan merentas desa peringkat daerah yang akan diadakan pada 16 Jun 2022 di SMK Merapoh nanti. Kejohanan ini melibatkan semua murid Tahap 2.

Sebelum acara merentas desa bermula, murid-murid melaksanakan aktiviti senamrobik sebagai persediaan untuk berlari.

Tuan Guru Besar, Encik Mohd Fazli bin Abd Hamid melepaskan murid-murid untuk acara merentas desa.

Murid-murid teruja mengambil bahagian dalam kejohanan merentas desa ini. Terima kasih kepada PDRM kerana memberi kerjasama bagi memastikan keselamatan murid terjaga sepanjang kejohanan merentas desa ini.

Guru-guru bertugas bersedia di lokasi penamat untuk mencatat masa yang diambil oleh setiap peserta. Tahniah kepada semua murid yang berjaya memenangi kejohanan ini. Semoga lebih bersemangat semasa mewakili sekolah di peringkat daerah nanti.

Selasa, 7 Jun 2022

Anugerah Hari Guru Daerah Lipis 2022

Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada dua orang guru SK Wan Ibrahim yang telah berjaya dipilih untuk menerima Anugerah sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Lipis 2022. Anugerah yang disampaikan oleh YB Dato' Seri Abdul Rahman bin Mohamad, Timbalan Menteri 1, Kementerian Pembangunan Luar Bandar ini begitu bermakna buat warga SK Wan Ibrahim.

Tahniah Cikgu Sazuna Ayu binti Mohamad Salleh kerana terpilih menerima Anugerah Guru Cemerlang Pendidikan Khas Daerah Lipis 2022.

Tahniah Cikgu Lukman Hakim bin Abdullah kerana terpilih menerima Anugerah Ikon Guru Kokurikulum dan Sukan.

Terima kasih kepada semua guru SK Wan Ibrahim yang terlibat sebagai AJK Hadiah sempena Jamuan Makan Malam Sempena Sambutan Hari Guru Daerah Lipis 2022.

Perhimpunan Rasmi Pagi Isnin (pertama selepas PKP)

 

Alhamdulillah, setelah hampir dua tahun lebih perhimpunan pagi Isnin tidak dapat diadakan kerana pendemik Covid-19, hari ini 30 Mei 2022 buat pertama kali ianya diadakan. Suasana perhimpunan seumpama ini sangat-sangat dirindui kerana merupakan wadah terbaik untuk guru-guru menyampaikan nasihat serta teguran kepada murid-murid.

Pengawas Sekolah diberi tanggungjawab menguruskan perjalanan perhimpunan setiap pagi Isnin. Mengacara majlis dan membaca doa.

Pengawas bertugas melaksanakan tanggungjawab mereka untuk menaikkan bendera.

Seramai 733 orang murid terlibat dalam perhimpunan ini. Mereka memakai pelitup separuh muka bagi langkah-langkah mengekang penyebaran wabak Covid-19.

Jamuan Hari Raya Aidil Fitri 1443 Hijrah

 

Jamuan Hari Raya Aidil Fitri 1443 Hijrah diadakan pada 19 Mei 2022. Terima kasih kepada semua Pegawai PPD Lipis, Pengetua dan Guru Besar yang sudi hadir ke jamuan hari raya SK Wan Ibrahim ini.

Terima kasih kepada mantan-mantan Guru Besar SK Wan Ibrahim En. Hasami bin Mohamad, Pn. Devi binti Masran dan En. Muhd Hasbi bin Ibrahim kerana dapat meluangkan masa hadir sama-sama memeriahkan jamuan hari raya SKWI ini.

Turut hadir Tuan Haji Mohd Rosli bin Awang Besar, Pengetua SMK Merapoh dan En. Kamaludin bin Ibrahim, Pengetua SMK Orang Kaya Haji.

Tuan Guru Besar bergambar bersama tetamu yang hadir.

Guru Besar meraikan tetamu dari Pejabat Pendidikan Daerah Lipis.

Persediaan untuk jamuan hari raya.

Sambutan Hari Guru 2022

Pada 16 Mei 2022 telah berlangsung Sambutan Hari Guru peringkat sekolah. Majlis diadakan di Dewan Ibnu Sina SK Wan Ibrahim. Tema hari guru tahun ini ialah 'Guru Tunjang Sekolah SEJAHTERA'.

Tuan Guru Besar, Encik Mohd Fazli bin Abd Hamid menyuapkan kek ke mulut anak murid sebagai simbolik kepada "Budaya Penyayang" yang diamalkan oleh warga sekolah.

Penyampaian hadiah bagi pemenang pakaian terbaik hari raya murid lelaki.

Penyampaian hadiah bagi pemenang pakaian terbaik hari raya murid perempuan.

Acara pertukaran hadiah sempena Sambutan Hari Guru.

Cikgu Zuraini binti Nasir bertindak sebagai juruacara majlis.

Majlis Watikah Pelantikan Pemimpin Muda 2022

Pada 12 Mei 2022 telah berlangsung Majlis Watikah Pelantikan Pemimpin Muda SK Wan Ibrahim 2022. Majlis ini bagi menyerahkan sijil pelantikan kepada Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Pemimpin Rakan Sebaya (PRS) dan Imam Muda. Encik Ade Izzuan bin ABu Bakar, Kaunselor Organisasi PPD Lipis sudi hadir bagi menyempurnakan majlis.

Encik Ade Izzuan bin Abu Bakar, Kaunselor PPD Lipis menyampaikan ucapan perasmian sempena Majlis Watikah Pelantikan Pemimpin Muda 2022.

Penyampaian Sijil Pelantikan kepada Pengawas Sekolah, Pengawas PSS dan Pasukan Rakan Sebaya (PRS).

Pemimpin Muda SK Wan Ibrahim membaca ikrar bagi melaksanakan tugas mereka sebaik mungkin.