Selasa, 22 Mac 2022

Pembukaan Sesi Persekolahan 2022/2023

 
Jalan hadapan sekolah kembali sibuk di pagi hari apabila Sesi Persekolahan 2022/2023 dibuka pada 21 Mac 2022 (Isnin). SK Wan Ibrahim masih meneruskan kaedah penggiliran bagi Tahun 3 hingga 5. Manakala bagi kelas Prasekolah, Pendidikan khas, Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 6 kehadiran murid adalah sepenuhnya.



Kehadiran murid-murid disambut oleh guru bertugas seawal pukul 7.00 pagi lagi. Ibu bapa dan penjaga dibenarkan menghantar anak di pintu pagar sekolah sahaja.

Hari kedua pembukaan semula sekolah bagi Sesi Persekolahan 2022/2023 telah dikunjungi oleh Tuan Haji Ya'akob bin Haji Zaidin, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Sektor Pengurusan Sekolah, JPN Pahang. Fokus utama beliau ialah prestasi Program Vaksinasi murid-murid (PICKids) dan penguasaan kemahiran membaca dalam kalangan murid-murid Tahun 2 (murid-murid tahun 2 adalah antara murid-murid yang terkesan ketika mereka di Tahun 1 kerana sekolah tidak dapat dibuka sepenuhnya kerana Pendemik Covid-19.


Tuan Haji Ya'akob mengadakan lawatan ke kelas Tahun 2 bagi melihat sendiri prestasi membaca dalam kalangan murid-murid.

Ahad, 6 Mac 2022

PICKids : Program Imunisasi Covid-19

  


Pelaksanaan PICKids Road Tour de Lepeh di SK Wan Ibrahim pada 21/2/2022


Semoga mendapat kerjasama semua ibu bapa dan penjaga murid-murid.