20 Disember 2021 sekali lagi SK Wan Ibrahim dilanda banjir selepas banjir pertama pada 4 Januari 2021. Banjir kali ini juga hampir sama dengan banjir pertama dahulu iaitu mencapai aras dua bangunan Blok Pentadbiran yang menempatkan pejabat, bilik guru, bilik mesyuarat dan makmal komputer. Banjir kali ini juga turut menenggelamkan bangunan yang menempatkan prasekolah dan Tahun 1. Alhamdulillah dalam gelombang kedua pada 2 Januari 2022, air hanya naik paras buku lali sahaja.
Terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbang dalam bentuk tenaga dan kewangan dalam Program Pasca Banjir SK Wan Ibrahim. Sumbangan dan bantuan tersebut banyak meringankan beban warga SK Wan Ibrahim.