Ahad, 12 Disember 2021

Selamat Bersara Cikgu Wan Hamidah binti Wan Sulaiman

 
Cikgu Wan Hamidah binti Wan Sulaiman mengambil keputusan bersara pilihan pada usia 57 tahun. Beliau telah berkhidmat hampir 17 tahun di SK Wan Ibrahim. Beliau memulakan tugas sebagai pendidik pada tahun 1989 di SK Batu Yon. Selepas 6 tahun di SK Batu Yon, beliau telah bertukar ke SK Relong. Pada 2004 beliau bertukar ke SK Wan Ibrahim sehinggalah menamatkan tugas sebagai kakitangan awam.


Selamat bersara Cikgu Wan. Semoga kekal sihat dan bahagia di samping keluarga.

Rabu, 24 November 2021

Meraikan Kejayaan

Setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Cikgu Zarini binti Yahya, Guru Perpustakaan & Media dan semua AJK Pusat Sumber Perba Jelai atas kejayaan menjadi Naib Johan Pertandingan Pusat Sumber Cemerlang Peringkat Negeri Pahang 2020.



Tahniah kepada semua murid yang telah mencapai kejayaan cemerlang dalam bidang kokurikulum bagi tahun 2021. Walaupun banyak kekangan untuk menyertai aktiviti pertandingan sepanjang pkp ini, namun kita tetap berjaya memenangi beberapa acara berkat semangat dan komitmen semua.

Isnin, 8 November 2021

GPK Kokurikulum Baru

Tahniah kepada Encik Lukman Hakim bin Abdullah atas pelantikan sebagai GPK Kokurikulum SKWI yang baru bagi menggantikan Puan Zahalina binti Mohamad yang telah bersara pada 14 Oktober 2021 yang lalu. Pelantikan Encik Lukman Hakim berkuatkuasa mulai 1 November 2021.

Semoga Encik Lukman dapat menguruskan bidang kokurikulum sekolah dengan jayanya. Sama-sama kita memberi sokongan padu kepada Encik Lukman agar prestasi kokurikulum sekolah terus cemerlang.

Encik Lukman Hakim bin Abdullah menerima surat pelantikan dari Encik Amin Nollah bin Lateh, Pegawai Pendidikan Daerah Lipis.


Menandatangani Buku Lapor Diri.

Isnin, 18 Oktober 2021

Tahniah dan Terima Kasih

Alhamdulillah, selesai Mesyuarat Agung PIBG SK Wan Ibrahim Kali Ke-48 (2021). Tahniah kepada En. Abdul Ramit bin Sulaiman kerana terpilih sebagai YDP PIBG SKWI 2021/2022. Tahniah juga kepada Tuan Haji Mohd Rosli bin Awang Besar kerana terpilih sebagai Naib YDP. Setinggi penghargaan dan terima kasih kepada En. Mohamad Nizam bin Mohamad Ali, mantan YDP PIBG dan semua AJK 2020/2021 di atas sumbangan bakti yang telah diberi.

Terima kasih kepada semua ibu bapa dan penjaga murid-murid SKWI di atas penyertaan dalam mesyuarat kali ini. Walaupun mesyuarat diadakan secara google meet, namun sokongan tuan-tuan dan puan-puan sangat memberangsangkan. Semoga PIBG terus menjadi rakan sinergi terbaik buat sekolah.

Encik Abdul Ramit bin Sulaiman
Yang Dipertua PIBG SK Wan Ibrahim 2021/2022


Tuan Haji Mohd Rosli bin Awang Besar
Naib Yang Dipertua PIBG SK Wan Ibrahim 2021/2022

Encik Mohamad Nizam bin Mohamad Ali
Mantan Yang Dipertua PIBG SK Wan Ibrahim

Sabtu, 9 Oktober 2021

Mesyuarat Agung PIBG 2021



Diharapkan semua ibu bapa dan penjaga murid-murid SK Wan Ibrahim dapat mengambil bahagian dalam mesyuarat ini. Semoga mesyuarat ini berjalan lancar dan memberi impak terbaik kepada perjalanan sesi persekolahan 2021 dan 2022.

"MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT"

Ahad, 25 Julai 2021

PELAKSANAAN PELAPORAN PdPR MENGGUNAKAN SISTEM PdPR (SPdPR)

Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akan diteruskan semula selama 24 hari (bagi negeri Pahang) dari 26/07/21 hingga 30/08/21 seperti dimaklumkan dlm surat siaran Kementerian Pendidikan Malaysia baru-baru ini. Bermula 26/07/2021 (Isnin) ini  juga sistem pelaporan baharu iaitu SPdPR akan mula berkuat kuasa pelaksanaannya. Sistem ini dibangunkan oleh KPM bagi pengisian pelaporan PdPR yang boleh di akses melalui pautan :

https://sppahang.moe.gov.my/

Sistem SPdPR dibuka 24 jam. Semua guru perlu mengisi pelaporan setelah  selesai melaksanakan PdPR . Tiada masalah jika guru mengisi selepas jam 6  petang. Cuma untuk melihat pelaporan yang sudah diisi selepas jam 6  petang, admin perlu memilih julat tarikh kehadapan satu hari dari tarikh  semasa.


Panduan kepada guru-guru untuk menggunakan sistem SPdPR.



Rabu, 30 Jun 2021

Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR)

PdPR boleh dilaksanakan secara dalam talian (online), luar talian (offline) atau secara off-site. Guru boleh melaksanakan PdPR dengan menggunakan salah satu daripada kaedah ini atau gabungan kaedah mengikut kesesuaian.

PdPR Secara Dalam Talian (Online)
PdPR secara dalam talian (online) berlaku apabila terdapat capaian internet dan penggunaan peranti yang membolehkan murid-murid belajar secara real time. Guru boleh laksanakan PdPR secara dalam talian ini melalui :
1. Pelantar pembelajaran seperti Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa), Cikgootube, EduWebTV dan aplikasi media sosial.
2. Aplikasi seperti Google Meet, Telegram, Webex atau Microsoft Teams secara lintas langsung (live streaming).
3. ePermainan (gamification), video, klip audio, eBuku, rakaman atau tugasan dalam talian.

PdPR Secara Luar Talian (Offline)
PdPR secara luar talian (offline) berlaku apabila murid belajar menggunakan peranti seperti komputer, tablet atau telefon pintar tanpa capaian internet. Pembelajaran juga boleh berlaku apabila murid belajar menggunakan buku teks atau bahan pembelajaran lain (modul & lembaran kerja).

PdPR Secara Off-site
Pembelajaran secara off-site ialah kaedah pembelajaran yang berlaku di lokasi seperti di pusat komuniti atau di mana-mana premis yang diisytiharkan sebagai pusat pemindahan sementara akibat bencana atau wabak. Pembelajaran secara off-site dilaksanakan mengikut Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 8/2016 Garis Panduan Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran Akibat Bencana.







Selasa, 29 Jun 2021

PdPR Fasa 3 (14 Jun hingga 16 Julai 2021)

 

Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) disambung selama 25 hari bermula dari 14 Jun sehingga 16 Julai 2021.


JADUAL WAKTU PdPR SK WAN IBRAHIM

Jadual Waktu Tahun 4 (klik untuk lebih jelas)

Jadual Waktu Tahun 5 (klik untuk lebih jelas)

Jadual Waktu Tahun 6 (klik untuk lebih jelas)

Jadual Waktu Tahap 1 (klik untuk lebih jelas)


Jadual Waktu Kelas Pendidikan Khas (klik untuk lebih jelas)

Bagi guru-guru yang melaksanakan PdPR perlu membuat pelaporan di laman ini :

Isnin, 1 Mac 2021

Pembukaan Sekolah 1 Mac 2021

 
Pembukaan sekolah bagi sesi persekolahan 2021 pada 1 Mac melibatkan murid prasekolah, Tahun 1 dan 2 sahaja. Pelaksanaan sop adalah mengikut buku Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah Dalam Norma Baharu 2.0.


Pelaksanaan SOP berjalan dengan lancar sewaktu murid datang dan balik sekolah. SOP balik yang menggunakan Model 4 iaitu berperingkat telah dapat dilaksanakan dengan teratur dan mencapai matlamat yang dikehendaki.


Semoga dengan pematuhan terhadap garis panduan yang diberi oleh KPM serta kerjasama semua pihak diharapkan penularan wabak Covid-19 dapat dibendung.

Khamis, 18 Februari 2021

Ahad, 14 Februari 2021

Operasi Pembersihan Pasca Banjir

 

Setinggi penghargaan dan terima kasih kerana sudi bersama kami mengharungi kesukaran ini.
En. Amin Nollah bin Lateh (Pegawai Pendidikan Daerah Lipis)
Pegawai-pegawai & staf PPD Lipis
Yayasan Guru Tun Hussein Onn
Batalion Ke 8 RAMD Kem Kuala Lipis
Bomba Kuala Lipis
PDRM Kuala Lipis
Pengakap Kelana Kampung Gua
Kolej Komuniti Lipis
Majlis Guru Besar (MGB) Lipis
Kesatuan Pembantu Tadbir Pendidikan (Keptan)
Pembantu Operasi Pendidikan
Majlis Daerah Lipis (MDL)
Alam Flora
Pertubuhan Banttu (Be Always Near To The Unfortunates) Malaysia
ParaPejalan Outdoors
Persatuan Pengguna Jalan Raya Malaysia
Ustazah Habiby binti Zakaria
Kedai Gunting Rambut (sebelah Oversea Chinese Book Store)
MGB Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Pandu Puteri Daerah Lipis
Masjid Sultan Mahmud Kuala Lipis
Masjid Kampung Relong
Surau Al-Taqwa Taman Permai
Azri the One Chicken Rice
A & I Nurkasih Catering
DS Aliff Syukri dan DS Nur Shahida
Datin Hamizah Hamzah
Perpuspa Daerah Lipis
Warga SMK Merapoh
Pertubuhan Kebajikan Cakna Lipis
Gerakan Sekarelawan Amal (GESA)
Pertubuhan Nadi Makmur (Penama)
PIBG SK Wan Ibrahim
Warga SK Wan Ibrahim
dan semua organisasi dan orang perseorangan yang telah menghulurkan bantuan berupa sumbangan wang, peralatan, makanan dan tenaga. Terima kasih juga yang sudi hadir memberi sokongan moral dan bertanya khabar. Semoga kalian semua sentiasa dirahmati Allah swt.




Khamis, 28 Januari 2021

Banjir 2021

Pada 4 Januari 2021, SK Wan Ibrahim telah dilanda banjir. Peningkatan air di sungai Lipis telah menyebabkan berlaku banjir yang paling buruk setakat ini.

Banjir kali ini telah menenggelamkan bangunan Blok E dan F yang menempatkan kelas prasekolah dan Tahun 1.

Air turut naik ke aras dua bangunan pentadbiran yang menempatkan pejabat, bilik guru, stor buku teks, bilik mesyuarat dan makmal komputer. Banyak kerosakan yang berlaku akibat banjir kali ini.

Banjir mula surut pada 7 Januari 2021.

Bangunan Blok E dan F yang tenggelam sepenuhnya.