Isnin, 30 November 2020

Pertukaran Cikgu Ahmad Kamal

 

Cikgu Ahmad Kamal bin Mohamad, guru Pendidikan Khas SK Wan Ibrahim telah ditukarkan ke SK Kerambit bagi mengisi kekosongan guru Pendidikan Khas di sekolah tersebut.

Selamat bertugas di sekolah baru cikgu Kamal. Terima kasih atas segala pergorbanan yang telah dicurahkan selama bertugas di sekolah ini.

Jumaat, 6 November 2020

Penilaian Anugerah Pusat Sumber Negeri Pahang 2020

 Sekolah Kebangsaan Wan Ibrahim telah terpilih mewakili Daerah Lipis bagi Anugerah Pusat Sumber Negeri Pahang 2020 kategori Sekolah Rendah. Manakala sekolah menengah diwakili oleh SMK Kuala Lanar. SK Batu 9 pula mewakili daerah Lipis bagi kategori Sekolah Kurang Murid (SKM). Dua orang pegawai dari JPN Pahang telah hadir untuk membuat penilaian tersebut. Mereka ialah Encik Rashdan bin Haji Ashaary dan Encik Lokman bin Alias. Kedua-dua mereka ialah Penolong Pengarah Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan JPN Pahang.


Encik Mohd Fazli bin Abd Hamid, Guru Besar SK Wan Ibrahim menyampaikan penerangan berkaitan PSS Perba Jelai.

Terima kasih kepada pegawai-pegawai PPD yang turut sama mendengar taklimat berkaitan PSS Perba Jelai yang disampaikan oleh tuan Guru Besar.

Penilai menyemak fail-fail utama Pusat Sumber.

Menyaksikan demo robotik oleh Kelab Robotik SK Wan Ibrahim yang diterajui oleh Encik Lukman Hakim bin Abdullah.