Rabu, 22 Januari 2020

Mesyuarat Kelas Pendidikan Khas Pembelajaran 2020

Mesyuarat Kelas Pendidikan Khas Pembelajaran (KPKP) SK Wan Ibrahim bagi tahun 2020 telah diadakan pada 16 Januari 2020.

Encik Mohd Bi bin Mohd Syamsuri, Guru Penolong Kanan KPKP sedang menyampaikan taklimat berkaitan Kelas Pendidikan Khas Pembelajaran.

Terima kasih kepada semua ibu bapa yang dapat hadir ke mesyuarat ini.

Kunjungan Timbalan PPD Sektor Perancangan

Alhamdulillah, pada 10 Januari 2020 SK Wan Ibrahim telah dikunjungi oleh Encik Hassan Basri bin Shamsudin, Timbalan PPD Sektor Perancangan, Pejabat Pendidikan Daerah Lipis.

Beliau telah bertemu dengan Guru Besar dan semua Guru Penolong Kanan serta Kaunselor Sekolah bagi berbincang tentang perancangan sekolah bagi tahun 2020.

Semoga perkongsian idea dengan tuan Timbalan PPD ini akan dapat membuka minda pihak pentadbir bagi merancang sesuatu yang memberi impak tinggi kepada kecemerlangan sekolah.

Hari Pertama Persekolahan 2020

 2 Januari 2020, bermulalah sesi persekolahan 2020. Selamat kembali ke sekolah kepada semua guru dan murid-murid.

Budaya penyayang merupakan salah satu budaya sekolah ini yang akan sentiasa dibugarkan agar mampu menarik minat murid-murid untuk hadir ke sekolah.

Melalui budaya penyayang ini, diharapkan peratus kehadiran murid-murid ke sekolah akan mencapai KPI sekolah iaitu 91%.

Terima kasih kepada En. Salehuddin Ismail, KPP Sektor Pendidikan Khas, JPN Pahang dan En. Hussaini Haji Ibrahim, Penolong PPD Prasekolah dan Rendah, PPD Lipis kerana sudi hadir bagi melihat perjalanan hari pertama persekolahan di SK Wan Ibrahim.