Isnin, 30 November 2020

Pertukaran Cikgu Ahmad Kamal

 

Cikgu Ahmad Kamal bin Mohamad, guru Pendidikan Khas SK Wan Ibrahim telah ditukarkan ke SK Kerambit bagi mengisi kekosongan guru Pendidikan Khas di sekolah tersebut.

Selamat bertugas di sekolah baru cikgu Kamal. Terima kasih atas segala pergorbanan yang telah dicurahkan selama bertugas di sekolah ini.

Jumaat, 6 November 2020

Penilaian Anugerah Pusat Sumber Negeri Pahang 2020

 Sekolah Kebangsaan Wan Ibrahim telah terpilih mewakili Daerah Lipis bagi Anugerah Pusat Sumber Negeri Pahang 2020 kategori Sekolah Rendah. Manakala sekolah menengah diwakili oleh SMK Kuala Lanar. SK Batu 9 pula mewakili daerah Lipis bagi kategori Sekolah Kurang Murid (SKM). Dua orang pegawai dari JPN Pahang telah hadir untuk membuat penilaian tersebut. Mereka ialah Encik Rashdan bin Haji Ashaary dan Encik Lokman bin Alias. Kedua-dua mereka ialah Penolong Pengarah Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan JPN Pahang.


Encik Mohd Fazli bin Abd Hamid, Guru Besar SK Wan Ibrahim menyampaikan penerangan berkaitan PSS Perba Jelai.

Terima kasih kepada pegawai-pegawai PPD yang turut sama mendengar taklimat berkaitan PSS Perba Jelai yang disampaikan oleh tuan Guru Besar.

Penilai menyemak fail-fail utama Pusat Sumber.

Menyaksikan demo robotik oleh Kelab Robotik SK Wan Ibrahim yang diterajui oleh Encik Lukman Hakim bin Abdullah.



Rabu, 14 Oktober 2020

Tahniah Cikgu Arbaayah binti Shaari

 


Tahniah kepada Puan Arbaayah binti Shaari, mantan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Wan Ibrahim di atas pelantikan sebagai Guru Besar SK Aur Gading. Semoga dapat menggalas tanggungjawab sebagai pentadbir sekolah dengan jayanya.

Terima kasih atas segala sumbangan dan pengorbanan selama bertugas di SK Wan Ibrahim.



Isnin, 14 September 2020

Tahniah Cikgu Mohd Bi bin Mohd Samsuri

 
Tahniah kepada Encik Mohd Bi bin Mohd Shamsuri, mantan Guru Penolong Kanan Kelas Pendidikan Khas Pembelajaran SK Wan Ibrahim di atas pelantikan sebagai Guru Besar SK Jeransang. Semoga terus cemerlang sebagai peneraju sekolah nanti [16 Julai 2020]


Majlis meraikan pertukaran Cikgu Mohd Bi di SK Wan Ibrahim. Selepas bertugas hampir 26 tahun di sekolah ini, akhirnya beliau berpindah jua demi mencabar kemampuan diri [21 Julai 2020]

Majlis meraikan perpisahan dengan semua guru dan staf SK Wan Ibrahim di Laman Qaseh, Kuala Lipis. Walaupun jauh harap tali persahabatan terus kekal utuh [2 Ogos 2020]


Ahad, 13 September 2020

Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25)

 

Encik Amin Nollah bin Lateh, Pegawai Pendidikan Daerah Lipis menyampaikan Sijil Pelantikan Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) kepada Encik Mohd Fazli bin Abd Hamid, Guru Besar SK Wan Ibrahim.

Sijil pencalonan SKWI sebagai sekolah TS25 kohort 5

Sepuluh buah sekolah di daerah Lipis telah terpilih mengikuti Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) bagi kohort 5. Sekolah-sekolah tersebut ialah SK Wan Ibrahim, SK Clifford, SK Relong, SK Benta, SK Chat, SJKC Penjom, SJKT Kuala Lipis, SMK Clifford, SMK Panglima Garang Abdul Samad dan SMK Padang Tengku. 

Rabu, 22 Januari 2020

Mesyuarat Kelas Pendidikan Khas Pembelajaran 2020

Mesyuarat Kelas Pendidikan Khas Pembelajaran (KPKP) SK Wan Ibrahim bagi tahun 2020 telah diadakan pada 16 Januari 2020.

Encik Mohd Bi bin Mohd Syamsuri, Guru Penolong Kanan KPKP sedang menyampaikan taklimat berkaitan Kelas Pendidikan Khas Pembelajaran.

Terima kasih kepada semua ibu bapa yang dapat hadir ke mesyuarat ini.

Kunjungan Timbalan PPD Sektor Perancangan

Alhamdulillah, pada 10 Januari 2020 SK Wan Ibrahim telah dikunjungi oleh Encik Hassan Basri bin Shamsudin, Timbalan PPD Sektor Perancangan, Pejabat Pendidikan Daerah Lipis.

Beliau telah bertemu dengan Guru Besar dan semua Guru Penolong Kanan serta Kaunselor Sekolah bagi berbincang tentang perancangan sekolah bagi tahun 2020.

Semoga perkongsian idea dengan tuan Timbalan PPD ini akan dapat membuka minda pihak pentadbir bagi merancang sesuatu yang memberi impak tinggi kepada kecemerlangan sekolah.

Hari Pertama Persekolahan 2020

 2 Januari 2020, bermulalah sesi persekolahan 2020. Selamat kembali ke sekolah kepada semua guru dan murid-murid.

Budaya penyayang merupakan salah satu budaya sekolah ini yang akan sentiasa dibugarkan agar mampu menarik minat murid-murid untuk hadir ke sekolah.

Melalui budaya penyayang ini, diharapkan peratus kehadiran murid-murid ke sekolah akan mencapai KPI sekolah iaitu 91%.

Terima kasih kepada En. Salehuddin Ismail, KPP Sektor Pendidikan Khas, JPN Pahang dan En. Hussaini Haji Ibrahim, Penolong PPD Prasekolah dan Rendah, PPD Lipis kerana sudi hadir bagi melihat perjalanan hari pertama persekolahan di SK Wan Ibrahim.