Ahad, 24 November 2019

Majlis Apresiasi Pendidikan SK Wan Ibrahim 2019

Majlis Apresiasi Pendidikan SK Wan Ibrahim 2019 telah diadakan pada 20 November 2019 (Rabu).

Terima kasih Encik Ade Izzuan bin Abu Bakar, Kaunselor Pendidikan Daerah kerana sudi hadir mewakili Pegawai Pendidikan Daerah Lipis bagi merasmikan majlis ini.

Guru Besar menyampaikan Sijil Penghargaan kepada Bank Rakyat Cawangan Lipis di atas pemberian wang zakat kepada semua murid Islam SK Wan Ibrahim.

Penyampaian Sijil Penghargaan kepada Sanas FC di atas sumbangan terhadap kemajuan bola sepak sekolah.

Terima kasih kepada Guru Silat di atas kerjasama melatih pasukan silat sekolah untuk mengadakan persembahan sempena Karnival Koi Nak Sihat anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia.

Penyampaian Sijil Penghargaan kepada Ustaz Aliuddin bin Abdul Halim, Pegawai Hal Ehwal Islam MUIP Cawangan Kuala Lipis sebagai wakil Majlis Ugama Islam Pahang di atas pemberian wang zakat kepada murid-murid SK Wan Ibrahim.

Tahniah kepada semua murid yang berjaya menunjukkan prestasi cemerlang.

Setinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua Ahli Jawatankuasa Kerja yang telah bertungkus lumus memastikan majlis ini berjalan dengan lancar. Terima kasih juga kepada semua ibu bapa dan penjaga kerana dapat hadir memberi sokongan kepada anak-anak.


Jumaat, 22 November 2019

Majlis Persaraan Puan Siti Rokiah binti Mat Seman

Jumaat 22 November 2019 merupakan hari terakhir Puan Siti Rokiah binti Mat Seman berkhidmatan sebagai guru di SK Wan Ibrahim. Setelah menumpah bakti selama hampir 19 tahun di sekolah ini dan selama 31 tahun sebagai kakitangan awam, beliau akan menamatkan kerjaya beliau pada usia 55 tahun.

Setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Puan Siti Rokiah atas sumbangan dan khidmat bakti yang dicurahkan selama bertugas di sekolah ini.

Semoga Allah SWT memelihara kesihatan Puan Siti Rokiah sepanjang usia persaraan beliau.

Persembahan guru-guru Panitia Agama Islam sempena majlis persaraan Puan Siti Rokiah.

Persembahan murid Tahun 6.

Persembahan murid PPKI.

Persembahan murid prasekolah.

Encik Mohd Fazli bin Abd Hamid, Guru Besar SK Wan Ibrahim menyampaiakn ucapan sempena Majlis Persaraan Puan Siti Rokiah.

Puan Siti Rokiah sedang menyampaikan ucapan terakhir sempena majlis persaraan beliau.

Setinggi penghargaan kepada semua AJK Pelaksana yang telah berjaya mengadakan majlis persaraan ini. Semoga menjadi kenangan terindah buat cikgu Siti Rokiah.

Rabu, 20 November 2019

Jamuan Akhir Tahun Kelab Guru dan Staf SK Wan Ibrahim 2019.

Tahniah kepada Ustaz Razali binti Ishak, Pengerusi Kelab Guru dan Staf SK Wan Ibrahim dan semua Ahli Jawatankuasa kerana berjaya mengadakan Jamuan Akhir Tahun 2019 pada 19 November 2019, jam 8.00 malam di Hotel Lipis Plaza.

Selain sebagai acara rutin hujung tahun, Jamuan Makan Malam ini juga bertujuan untuk meraikan persaraan Puan Siti Rokiah binti Mat Seman dan pertukaran Ustazah Napisah binti Mohd Ismail. Tuan Guru Besar sedang menyampaikan hadiah kepada Puan Siti Rokiah.


Encik Mohd Fazli bin Abd Hamid, Guru Besar SKWI sedang menyampaikan hadiah kepada Ustazah Napisah binti Mohd Ismail yang bertukar balik ke Negeri Kelantan.

Acara memotong kek sempena meraikan persaraan Puan Siti Rokiah dan pertukaran Ustazah Napisah.

Terima kasih AJK Kelab Guru dan Staf SK Wan Ibrahim 2019.

Sabtu, 16 November 2019

Majlis Khatam Al-Quran SK Wan Ibrahim 2019M/1441H

Alhamdulillah, Majlis Khatam Al-Quran Tahun Enam telah berjaya diadakan pada 15 November 2019 (Jumaat).

Tuan Guru Besar, En. Mohd Fazli bin Abd Hamid sedang menyampaikan ucapan perasmian.

Semoga majlis ini menjadi inspirasi untuk anak-anak menanam minat membaca Al-Quran di dalam hati mereka.

Tahniah kepada Jawatankuasa Pelaksana Majlis Khatam Al-Quran 2019. Semoga program ini mencapai matlamatnya.

Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi PPKI SK Wan Ibrahim 2019

Pada 14 November 2019 telah berlangsung Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi PPKI 2019. Tuan Guru Besar sedang menyampaikan sijil dan hadiah kepada satu-satunya murid yang bergraduasi pada tahun ini. Tahun depan Mohamad Afiq Afnan bin Azmi akan meneruskan pengajiannya ke sekolah menengah pula.

Tuan Guru Besar, En. Mohd Fazli bin Abd Hamid sedang menyampaikan hadiah kepada anak-anak PPKI yang mempamerkan kecemerlangan.

Guru-guru PPKI bergambar dengan Tuan Guru Besar.

Tahniah kepada En. Mohd Bi bin Mohd Samsuri, GPK Pendidikan Khas dan semua Jawatankuasa yang bertungkus lumus merealisasikan majlis ini. Terima kasih kepada ibu bapa dan penjaga yang dapat hadir

Majlis Penyampaian Sijil Prasekolah SK Wan Ibrahim 2019

Pada 12 November 2019 (Selasa) telah berlangsung Majlis Penyampaian Sijil Prasekolah 2019 di Dewan Ibnu Sina SK Wan Ibrahim.

Puan Hasnoraidah binti Wan Azman, GPK Pentadbiran sedang menyampaikan sijil dan cenderamata kepada salah seorang murid prasekolah. Tahniah kepada anak-anak prasekolah yang telah berjaya menamatkan kelas prasekolah mereka.

Comel anak-anak prasekolah ini. Mesti guru-guru mereka akan merindui saat ini.

Anak-anak prasekolah menunjukkan bakat tarian mereka. Penglibatan dalam aktiviti-aktiviti kesenian ini merupakan antara strategi untuk meningkatkan keberanian dan yakin diri murid-murid. Semoga anak-anak ini dapat meneruskan persekolahan mereka di Tahun Satu nanti dengan baik.

Jumaat, 8 November 2019

Simulasi Haji Cilik SK Wan Ibrahim

Pada 8 November 2019 (Jumaat), Panitia Agama Islam SK Wan Ibrahim telah menganjurkan Program Simulasi Haji Cilik sebagai sebahagian aktiviti Pasca UPSR 2019. Program ini diterajui oleh Muttawif undangan Ustaz Mohd Amin bin Mohd Azli dari SK Tanjung Gahai.

Ucapan aluan oleh Tuan Guru Besar sebelum program dijalankan.

Ustaz Mohd Amin bin Mohd Azli sedang memberi panduan cara-cara memakai ihram.

Simulasi tawaf 7 kali di sekeliling replika Kaabah.

Sa'i antara Safa dan Marwah.

Mengumpul batu di Muzdalifah untuk tujuan melontar.

Simulasi melontar jumrah di Mina.

Tuan Guru Besar menyampaikan cenderamata kepada Ustaz Mohd Amin bin Mohd Azli selaku Muttawif dalam program ini.

Rabu, 6 November 2019

Lawatan kelas PPKI SK Wan Ibrahim ke Zoo Negara

Pada 6 November 2019 (Rabu), Kelas Program Pendidikan Khas Intergrasi SK Wan Ibrahim telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Zoo Negara Kuala Lumpur.

Tuan Guru Besar, Encik Mohd Fazli Abd Hamid juga turut serta dalam lawatan tersebut.

Semua guru dan Pembantu Pengurusan Murid Kelas PPKI turut terlibat dalam program lawatan ini.

Menyampaikan Sijil Penghargaan kepada pihak pengurusan Zoo Negara di atas kerjasama yang diberi kepada program lawatan ini.

Sebelum bertolak balik, anak-anak istimewa ini dibawa menikmati satey di Restoran Haji Samuri Taman Melewati.

Ahad, 3 November 2019

Hari Keluarga SK Wan Ibrahim 2019

Pada 2 November 2019 Kelab Staf SK Wan Ibrahim telah menganjur program hari keluarga di Sungai Kuali Camp Site, Janda Baik.

Tahniah kepada Ustaz Razali Ishak, Pengerusi Kelab Staf dan semua Ahli Jawatankuasa kerana berjaya menganjurkan Hari Keluarga SKWI 2019.

Ucapan Tuan Guru Besar, Encik Mohd Fazli Abd Hamid.

Beberapa acara diadakan bagi memeriah program hari keluarga ini.

Seronok guru-guru dan keluarga masing-masing mengambil bahagian dalam acara yang diadakan.

Acara bowling buah kelapa.

Turut diadakan acara untuk anak-anak.

Meraikan sambutan harijadi.

Majlis penyampaian hadiah untuk para pemenang.

Tahniah kepada Kelab Staf SK Wan Ibrahim dan semua yang hadir menjayakan program ini. Semoga berjumpa lagi tahun hadapan.