Isnin, 9 September 2019

Sambutan Hari Guru SK Wan Ibrahim 2019

Sambutan Hari Guru 2019 peringkat sekolah disambut meriah pada 2 May 2019.

Pakaian guru-guru bertemakan Kesultanan Melayu Melaka.

Mesyuarat Agung PIBG 2019

Mesyuarat Agung PIBG SK Wan Ibrahim 2019 telah diadakan pada 17 Mac 2019.

Tahniah Yang Dipertua PIBG, Encik Nizam yang dilantik semula memegang jawatan tersebut. Tahniah juga kepada Ahli Jawatankuasa yang baru dilantik.

Tahniah kepada semua ibu bapa yang dapat hadir dalam mesyuarat ini.

MOU bersama Sanas Enterprise

Memeterai Memorandum of understanding dengan Sanas Enterprise yang menguruskan kelab bola sepak Sanas FC. Ini merupakan corporate social responsibility untuk menjadikan SK Wan Ibrahim sebagai anak angkat kelab bola sepak ini. Majlis ini turut disaksikan oleh Encik Amin Nollah bin Lateh, Pegawai Pendidikan Daerah Lipis.

 Terima kasih Encik Nasir bin Ibrahim, pengurus Sanas FC atas sumbangan jersi dan bola kepada pasukan sekolah yang akan bertanding dalam Pertandingan Bola Sepak Zon Bandar Lipis 2019.

Terima kasih juga kepada Cikgu Mohd Bi bin Shamsuri di atas usaha ke arah menjadikan MOU ini satu kenyataan 

Program Pemuafakatan Tahun 6

Program bertemu dengan ibu bapa murid-murid Tahun 6 Tahun 2019.

Berkesempatan menjelaskan tentang Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) dan Program UPSR 2019

Semoga ini adalah permulaan yang baik bagi melestarikan kecemerlangan pendidikan di SK Wan Ibrahim.

Majlis Watikah Pelantikan 2019

 Majlis Watikah Pelantikan Pengawas Pusat Sumber, Pembimbing Rakan Sebaya (PRS), Imam Muda dan Bilal Muda SK Wan Ibrahim 2019

Majlis disempurnakan oleh Pegawai JPAM Kuala Lipis

Guru Besar menyampaikan watikah lantikan Imam dan Bilal Muda.