Khamis, 15 Ogos 2019

Guru Besar Baru SK Wan Ibrahim

En. Muhd Hasbi bin Ibrahim, Guru Besar SK Wan Ibrahim telah bersara pada 20 Januari 2019. Kekosongan jawatan yang ditinggalkan oleh beliau telah diisi oleh En. Mohd Fazli bin Abd Hamid yang sebelum ini menjadi Guru Besar di SK Tempoyang.

En. Mohd Fazli bin Abd Hamid menerima surat pertukaran sebagai Guru Besar SK Wan Ibrahim daripada Encik Amin Nollah bin Lateh, Pegawai Pendidikan Daerah Lipis.

Majlis serah tugas antara Encik Muhd Hasbi bin Ibrahim, mantan Guru Besar SK Wan Ibrahim dengan Encik Mohd Fazli bin Abd Hamid. Majlis disaksikan oleh Tuan PPD dan Penyelia Kanan Sekolah Rendah.

Selamat bersara En. Muhd Hasbi bin Ibrahim dan selamat datang kepada En. Mohd Fazli bin Abd Hamid ke SK Wan Ibrahim. Semoga sekolah ini terus cemerlang di bawah pengurusan tuan.