Jumaat, 13 September 2024

Isnin, 3 Jun 2024

Pelajar IPGTAA Kuala Lipis Selesai Praktikum dan Intern di SK Wan Ibrahim

 

Pada 24 Mei 2024 yang lalu selesailah enam orang pelajar IPG Tengku Ampuan Afzan Kuala Lipis menjalankan program Praktikum selama 3 bulan dan Intern selama 1 bulan di SK Wan Ibrahim. Mereka ialah Alya Annisa' binti Marzuhan, Nurin Nadiah binti Yusof, Nur Hanis Alia binti Othman, Fatimah Az-Zahara binti Razlan, Nur Amalina binti Kesahnalang dan Erica Annabell a/p Bidin.

Perasmian Projek Chess Desk yang telah dilaksanakan oleh pelajar-pelajar Praktikum ini.

Semoga 4 bulan mereka berada di SK Wan Ibrahim, banyak pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang telah berjaya ditimba dalam memperlengkapkan diri bagi menggalas tugas sebagai pendidik.

Sambutan Hari Guru 2024

 

Sambutan Hari Guru Peringkat SK Wan Ibrahim 2024. Terima kasih kepada semua JK Pengelola yang telah merancang dan melaksanakan program 

Di ambang Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2024.
Tuan Guru Besar SK Wan Ibrahim, Encik Mohd Fazli bin Abd Hamid turut menghadiri sambutan ini.

Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2024 di Hotel Zenith Kuantan.

Pelancaran Program Nilam dan Kitar Semula 2024

 

Pelancaran Program NILAM 2024/2025

Pelancaran Program Kitar Semula

Majlis Watikah Pelantikan Pemimpin Cilik 2024/2025

 


Terima kasih kepada SI Rosli bin Ibrahim, Pegawai Perhubungan Sekolah kerana sudi hadir menyempurnakan penyampaian Watikah Pelantikan kepada pemimpin cilik SK Wan Ibrahim 2024/2025. Semoga anak-anak yang terpilih sebagai pemimpin ini dapat melakasanakan tugas yang diamanahkan dengan sebaik mungkin.

Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2024

 

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Maaf Zahir dan Batin

Majlis Pelancaran dan Penutup Ihya' Ramadan 2024

 

Majlis Pelancaran Program Ihya' Ramadan 2024

Majlis Penutup Program Ihya' Ramadan 2024

Pembukaan Sesi Persekolahan 2024/2025

 


Hari pertama sesi persekolahan 2024/2025. Terima kasih Tuan Haji Ismail (Pegawai Kementerian Pendidikan Malaysi), Encik Ahmad Zawawi (Pegawai dari JPN Pahang) dan Tuan SI Rusli Ibrahim (Pegawai Perhubungan Sekolah) kerana sudi hadir menyantuni murid-murid SK Wan Ibrahim.

Program Akhir Tahun 2023

 

Majlis Pertukaran Guru (Redeployment)

Masquerade Night

Hari Anugerah Kecemerlangan SK Wan Ibrahim 2023/2024

Majlis Penyampaian Sijil Prasekolah SK Wan Ibrahim 2023/2024

Majlis Akhir Tahun Sesi Persekolahan Kelas Pendidikan Khas 2023/2024

Majlis Khatam Al-Quran SK Wan Ibrahim 2023/2024

Majlis Hi-Tea Tahun Enam 2023/2024 di Star Well Hotel, Kuala Lipis

Khamis, 28 Disember 2023

Kempen Gaya Hidup Sihat 2023

 

Majlis Pelancaran Kempen Hidup Sihat Cegah Rokok dan Vape peringkat sekolah 2023. Program ini dilaksanakan serentak di seluruh negara.

Terima kepada SI Rosli Ibrahim, Pegawai Perhubungan Sekolah kerana sudi hadir menyertai kempen ini.

Semoga kempen ini memberi impak besar kepada murid-murid.

Terima kasih juga kepada Pegawai-Pegawai dari Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Cawangan Lipis kerana turut mengambil bahagian dalam kempen ini.

Selasa, 28 November 2023

Koleksi Video Acara-Acara Sekolah 2023

 

27 hingga 30 November 2023 - Korobori Pengakap Pahang Kali Ke-10 di Kem PLKN Arena Resort Tanjung Batu Temerloh.

25 November 2023 - Kelab Robotik SK Wan Ibrahim di bawah bimbingan Encik Lukman Hakim bin Abdullah (GPK Pentadbiran SK Clifford) mengadakan pameran di Karnival HIP (Highly Immersive Programme) dan STEM SK Penjom 2023.

18 November 2023 - Pahang Train Expedition 2023

13 November 2023 - Kejohanan Sukan Tahunan SK Wan Ibrahim 2023

29 Oktober 2023 - Majlis Persaraan Cikgu Zauyah binti Aziz

18 dan 19 Oktober 2023 - Karnival Unit Beruniform SK Wan Ibrahim 2023

16 Oktober 2023 - Hari Sukan Negara 2023

11 Oktober 2023 - Program Berselawat Sempena Sambutan Maulidur Rasul 2023

9 Oktober 2023 - Karnival STEM SK Wan Ibrahim 2023

4 Oktober 2023 - Majlis Perpisahan Guru-Guru Bertukar

30 September 2023 - Sambutan Maulidur Rasul 2023

17 September 2023 - Penutup Sambutan Bulan Kemerdekaan 2023

9 September 2023 - Gotong-Royong Madani

26 Jun 2023 - Mesyuarat Agung PIBG 2023

27 Mei 2023 - Majlis Persaraan Puan Tiziraha bin Ibrahim

Selasa, 16 Mei 2023

Penutup Program Ihya Ramadan 2023

 

Program Penutup Ihya Ramadan SK Wan Ibrahim diadakan pada 12 April 2023 bersamaan 21 Ramadan 1444 Hijrah.

Encik Mohd Fazli bin Abd Hamid, Guru Besar SK Wan Ibrahim menyampaikan ucapan sempena Majlis Penutup Program Ihya Ramadan 2023.

Ustaz Johari bin Mamat, Ketua Panitia Pendidikan Islam selaku Khalifah 1 Majlis Khatam Al-Quran 2023 memulakan majlis.

Ustaz Razali bin Ishak, Ketua Panitia Bahasa Arab selaku Khalifah 2 mengendalikan Majlis Khatam Al-Quran SK Wan Ibrahim 2023.

Semua murid terlibat dalam program ini.

Guru Besar menyampaikan wang zakat kepada murid-murid yang layak.

Pentadbirdan guru-guru SK Wan Ibrahim mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua murid dan ibu bapa. Semoga hari raya tahun ini dapat disambut dengan meriah bersama keluarga.

Isnin, 27 Mac 2023

Pembukaan Sekolah Sesi 2023/2024

Selamat kembali ke sekolah murid-murid SK Wan Ibrahim

Terima kasih Tuan SI Rosli bin Ibrahim, Pegawai Perhubungan Sekolah atas kesudian hadir bagi melaksanakan Program 1st Day At School.

Terima kasih Encik Zamri bin Ismail, Penolong Pengarah Sektor Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Negeri Pahang kerana sudi bertamu ke SK Wan Ibrahim bagi melihat perjalanan minggu pertama buka sekolah bagi sesi persekolahan 2023/2024.

Murid-murid berhimpun di dewan sekolah bagi melaksanakan Program Minggu Pertama Pembukaan Sekolah Sesi 2023/2024.

Coretan sepintas Pembukaan Sekolah.

Sabtu, 11 Mac 2023

Persediaan Buka Sekolah Sesi 2023/2024

 Assalammualaikum dan salam sejahtera, Sesi Persekolahan 2023/2024 bagi negeri Pahang akan bermula pada 20 Mac 2023 (Isnin). Cuti sekolah masih berbaki seminggu lagi. Oleh itu, pastinya baki cuti ini akan digunakan oleh ibu bapa dan penjaga untuk membuat persiapan persekolahan anak-anak. Di bawah ini, dilampirkan beberapa info penting untuk tindakan ibu bapa dan penjaga menjelang pembukaan sekolah. Diharapkan ibu bapa dan penjaga dapat memberi kerjasama terbaik agar proses pembukaan sekolah ini dapat berjalan lancar.

Poster jualan buku tulis dan keperluan sekolah.

Pendaftaran Tahun 1

Group Whatsaap Tahun 1